Salisbury (pend. 103 200) ialah daerah kerajaan tempatan di Wiltshire, England. Bandar Salisbury terletak di tengah-tengah daerah ini, di persimpangan Sungai-sungai Avon, Bourne, dan Nadder. Gereja Besar Salisbury yang indah terletak di tebing Sungai Avon yang dibina pada tahun 1220. Puncak menaranya setinggi 123 meter ialah menara tertinggi di England. Tembokan tanah yang mengagumkan di Old Sarum terletak kira-kira tiga kilometer di sebelah utara bandar. Old Sarum ialah pusat ekonomi dan agama yang utama di England sebelum penaklukan Rom. Kini, yang masih tinggal di Old Sarum ialah sebuah benteng besar dengan tebing pertahanan daripada tanah. Tapak Stonehenge yang masyhur juga terletak di daerah ini. Stonehenge merupakan struktur prasejarah yang paling besar di barat Eropah. Lihat juga Wiltshire. |