Kem tahanan ialah tempat musuh politik, sama ada musuh benar atau yang dituduh, dipenjara, biasanya tanpa dibicarakan. Istilah ini mula-mula digunakan oleh Great Britain sebagai penjara tahanan Perang Boer, di Afrika kira-kira pada tahun 1900. Polis rahsia Soviet pula telah memenjarakan berjuta-juta orang di kem buruh selepas tahun 1928, iaitu semasa pemerintahan kuku besi Joseph Stalin. Semasa Perang Dunia II (19391945), kerajaan Amerika Syarikat dan Kanada menahan beribu-ribu orang keturunan Jepun di kem (lihat Perang Dunia II). Kem tahanan yang terkenal ialah kem yang dibina oleh Nazi di Jerman. |