Tajuk |
Sinopsis |
Bidang |
Klasifikasi |
SATIN | Satin ditenun dengan benang pakan (benang melintang) tidak menyilang benang lungsin (benang memanjang) sekerap tenunan kain jenis lain. Satin tidak mempunyai corak serong yang nyata. Malahan fabrik ini licin dan berkilat. Satin juga merujuk kepada fabrik sutera, nilon, rayon dan kapas dengan tenunan satin. | UMUM | |
RENDA | Renda ialah fabrik hiasan yang terdiri daripada corak benang berupa kain net yang terbuka. Renda yang paling halus diperbuat daripada benang linen, tetapi kapas, sutera, bulu bebiri, serat buatan, malah benang emas dan perak juga turut digunakan. Reka bentuk pada kebanyakan jenis renda, terdiri daripada corak bunga atau daun. Reka bentuk yang lain mempunyai corak haiwan, bentuk manusia dan benda-benda seperti tiang dan skrol. Kebanyakan renda digunakan untuk menghias pakaian dan untuk membuat barang-barang perhiasan untuk rumah dan gereja. | UMUM | |
MEMINTAL | Memintal ialah proses membuat benang dengan memulas atau memilin serat tumbuh-tumbuhan atau haiwan. Ia merupakan satu unsur kesenian yang paling kuno. Beribu-ribu tahun lamanya benang dipintal dengan menggunakan spindel. Spindel ini terdiri daripada kayu licin yang panjangnya dari 23 sentimeter hingga 38 sentimeter. Ia mempunyai takuk pada satu hujungnya untuk mengait benang dan batu atau mangkuk dari tanah liat yang dibakar, dikenali sebagai pusar untuk membuat spindel berpusing seperti gasing. Pemintal memutar spindel dengan menggelek-geleknya dengan paha. Orang Mesir purba menggunakan spindel seperti itu bagi membuat benang untuk kain yang baik. | UMUM | |
IKAT | IKAT, teknik mengikat benang-benang loseng dan pakan sebelum dicelup warna bagi menghasilkan ragam hias dan corak tenunan. Teknik ini telah dikenal pasti sejak zaman kebudayaan dongson di kawasan Tongkin dan Annam Utara (Vietnam) yang meresap ke Alam Melayu pada sekitar tahun 500 S.M. Teknik ini mempunyai persamaan dengan tenunan orang gunung Siam, pua kumbu Iban, ulos Batak, tenunan Jawa, Bali, Sumbawa, Bima dan Sulawesi. | BUDAYA | Proses/Tindak Balas |
KAIN LIMAR | KAIN LIMAR, kain tenun yang menggunakan benang-benang yang telah dicelup ikat. Kain limar dianggap sebagai warisan budaya yang telah berusia lebih satu abad. Berdasarkan beberapa contoh daripada himpunan Muzium Budaya Tekstil Melayu, didapati beberapa ciri khus wilayah asalnya. Limar dari Kelantan dan Terengganu misalnya, memilih warna cerah seperti hijau, kesumba dan ungu. Ada juga limar telepuk iaitu limar berhias perada. Limar juga dikenal sebagai kain tajoong di Lampung, limar bersongket di Kelantan dan Terengganu (iaitu gabungan tenun ikat dan songket kain Terengganu), dan cindai aceh rosak, limar cuai dan cindai kembang di Palembang. | BUDAYA | Kraf Tangan |
MENENUN | Menenun ialah proses membuat pakaian dengan menjalinkan dua set benang di atas dan di bawah antara satu sama lain. Banyak kain dan kebanyakan selimut, pakaian, serta ambal dihasilkan melalui tenunan. Tukang tenun menggunakan benang yang dipintal daripada gentian asli seperti kapas, sutera, dan bulu. Gentian tiruan yang kuat termasuk nilon dan orlon juga popular. | UMUM | |
TALI | Tali diperbuat daripada lembar benang atau dawai yang dipintal bersama. Saiznya adalah antara 4.8 milimeter hingga melebihi 152 milimeter mengikut ukuran diameternya. Tali yang berukuran kurang daripada 4.8 milimeter tebal dikenali sebagai tali pintal atau kord. Tali-temali ialah istilah umum bagi tali, tali pintal atau kord yang diperbuat daripada lembar benang. | UMUM | |
ARKWRIGHT, SIR RICHARD | Arkwright, Sir Richard (17321792) ialah pereka cipta dan pengilang British. Pada tahun 1769, dia telah mendapatkan paten untuk sebuah mesin pemintal benang yang dinamakan kerangka air kerana alat tersebut dijalankan oleh kuasa air. Mesin itu dipusingkan oleh beberapa set penggelek yang bergerak pada kelajuan yang berlainan untuk menarik kapas daripada mesin penyisir dan meluruskan seratnya. Kemudian, kapas itu diputar oleh gelendong supaya menjadi benang. Bagaimanapun, benang yang dihasilkan oleh kerangka air adalah keras, liat dan kasar. Arkwright dan dua pekilang lain mula membina kilang kapas yang menggabungkan pelbagai proses pengilangan yang terdiri daripada penyisir, penarik, peracik dan pemintal supaya menjadi satu proses sahaja. Dia dikatakan bekerja 16 jam sehari dan belajar pada waktu malam untuk menyambung semula alam persekolahannya yang tercicir. | UMUM | |
SUTERA | Sutera ialah gentian yang kuat dan berkilat (bahan seperti benang) yang digunakan untuk membuat kain. Sutera mempunyai kecantikan semula jadi yang tidak dimiliki oleh kain jenis lain. Oleh sebab itulah kain sutera sering kali disebut sebagai raja segala gentian. Serat sutera dihasilkan daripada kokun ulat yang dikenali sebagai ulat sutera. Banyak haiwan lain, termasuk labah-labah dan lacewing menghasilkan benang sutera. Tetapi sutera yang dihasilkan itu tidak dapat dibuat kain secara ekonomi. | UMUM | |
LIGATUR | Ligatur ialah benang yang digunakan dalam pembedahan untuk mengikat saluran darah yang mengalami pendarahan. Pakar bedah tidak menggunakan ligatur secara meluas sehingga pembedahan yang bebas daripada kuman dimajukan pada pertengahan tahun 1800-an. | UMUM | |
|
Tesaurus |
---|
| Tiada maklumat tesaurus untuk kata benang |
|
Puisi |
---|
|
Usik dayang mengatih benang, Benang kusut terlalulah susah; Kalau tuan mengaku menang, Biarlah saya mengaku kalah.
Lihat selanjutnya... |
|