Tajuk |
Sinopsis |
Bidang |
Klasifikasi |
KEBAKARAN BELUKAR | Kebakaran belukar ialah istilah yang merujuk kepada kebakaran besar pada hutan, rumput, dan pokok renek yang mengancam kehidupan dan harta di Australia setiap tahun. | UMUM | |
SHERRITT, AARON | Sherritt, Aaron (1857?1880), warga Australia, telah digambarkan sebagai rakan dan telegraf belukar untuk geng Kelly. Dia dibunuh oleh Joe Byrne, salah seorang anggota geng tersebut. | UMUM | |
ANI | Ani ialah nama tiga spesies burung dalam famili cuckoo. Ani hidup di negara yang berhutan belukar tebal, terutamanya dari Hindia Barat dan Mexico hingga ke selatan Amerika Selatan. | UMUM | |
RAWANG | Rawang ialah kawasan basah yang ditumbuhi tumbuhan tidak berkayu seperti mensiang, rumput, purun, dan rusiga. Kawasan basah yang ditumbuhi pokok dan belukar dinamakan paya (lihat Paya ). | UMUM | |
RESERPINE | Reserpine ialah sejenis ubat yang digunakan untuk merawat hipertensi (keadaan tekanan darah tinggi) sederhana. Ubat ini diperbuat daripada sejenis tumbuhan belukar dikenali sebagai Rauwolfia serpentina , yang tumbuh di India dan Asia Tenggara. Pati pokok ini telah pun digunakan sejak beberapa abad lamanya di tempat tersebut untuk merawat gangguan seperti hipertensi, insomnia, sakit mental dan terkena patukan ular berbisa. | UMUM | |
PUYUH | Puyuh ialah sejenis burung kecil yang serumpun dengan famili kuang bayas, ayam hutan, grouse, ayam belanda, dan ayam mutiara. Burung ini hidup di padang rumput, belukar dan kawasan paya di setiap benua, kecuali Antartika. Terdapat sebanyak 45 spesies burung puyuh. Burung ini selalunya diburu untuk dimakan. | UMUM | |
LESPEDEZA | Lespedeza ialah nama bagi sekumpulan herba dan tumbuhan bak pokok renek. Ia tumbuh di Asia, Australia dan Amerika Utara. Lespedeza dikenali sebagai klover belukar . Daunnya mempunyai tepi yang licin dan tiga anak daun. Bunganya yang kecil berbentuk kacang pis tumbuh bergugus-gugus. Buahnya adalah lenggai yang pendek berbiji satu. | UMUM | |
SIKLAMEN | Siklamen ialah nama sekumpulan tumbuhan yang menarik yang tumbuh liar di kawasan Mediterranean di Eropah. Siklamen tumbuh di hutan jarang dan di kawasan berbatu berserta belukar. Terdapat 17 spesies siklamen. Ia ditanam di luar sekiranya iklim mengizinkan, atau ditanam dalam pasu. Ia tumbuh daripada ubi (batang bawah tanah). Daunnya berbentuk hati atau berbentuk kacang dan mempunyai petiol (tangkai daun) yang panjang. Bunganya berwarna putih, samar, atau ungu dan tidak berbau wangi. Panjangnya sehingga 6.5 sentimeter. | UMUM | |
KAROO | Karoo ialah kawasan tinggi separa gurun di tanah tinggi di provinsi Cape Timur, Afrika Selatan. Nama ini berasal daripada pemerian tentang keras dan kering; tanah tandus dan belukar kecil oleh orang Khoikhoin. | UMUM | |
POKOK RENEK | Pokok renek adalah satu daripada empat kumpulan utama tumbuh-tumbuhan dari segi saiz dan bentuk. Pokok renek adalah tumbuhan saka yang mempunyai batang berkayu yang lebih kecil daripada pokok. Pokok renek biasanya mempunyai beberapa batang rendah yang dekat bercabang berdekatan tanah. Belukar mempunyai banyak dahan (lihat Belukar ). | UMUM | |
|
Tesaurus |
---|
| Tiada maklumat tesaurus untuk kata belukar |
|
Puisi |
---|
|
Di dalam belukar timbul ketam, Timbul sang helang di Tanjung Jati; Tidak lupa abang siang malam, Airlah mata jatuh ke pipi.
Lihat selanjutnya... |
|