Tajuk |
Sinopsis |
Bidang |
Klasifikasi |
PERTUBUHAN GERAKAN BELIA 4B MALAYSIA | PERTUBUHAN GERAKAN BELIA 4B MALAYSIA, pertubuhan belia. Pertubuhan Gerakan Belia 4B Malaysia atau lebih dikenal dengan nama Gerakan Belia 4B, ditubuhkan pada 21 Ogos 1966 di Dewan Belia, Kampung Pandan, Kuala Lumpur. Pertubuhan ini merupakan salah sebuah daripada lebih kurang 30 pertubuhan belia di negara ini yang bergabung dan menganggotai Majlis Belia Malaysia (MBM). Pertubuhan ini berdasarkan konsep gerakan dan pertubuhan belia di Amerika Syarikat yang terkenal dengan gagasan 4H Youth iaitu Head, Heart, Health dan Hand. Konsep ini disesuaikan bagi memajukan golongan belia di negara ini dan konsep 4B menjurus pada nilai-nilai positif, iaitu Bersatu, Belajar, Bekerja dan Berkhidmat. | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Persatuan |
BELIA | BELIA, majalah mingguan belia (tulisan Jawi) yang diterbitkan di Singapura pada 8 April 1955 oleh Harmy, dan dicetak oleh Al-Ahmadiah Press. | SASTERA | Konsep |
DASAR BELIA NEGARA | Dasar Belia Negara, garis panduan bagi menyusun dan mengendalikan semua rancangan dan aktiviti belia di Malaysia. Dasar ini dibentuk pada 13 Disember 1985. | SAINS POLITIK DAN KETATANEGARAAN | Dasar |
WORLD ASSEMBLY OF MUSLIM YOUTH (WAMY) | Pertubuhan belia antarabangsa. | AGAMA | Institusi/Organisasi |
ANUGERAH DUKE OF EDINBURGH | Anugerah Duke of Edinburgh ialah anugerah bagi pembinaan sahsiah belia antarabangsa yang mula-mula dicadangkan pada tahun 1954 oleh Duke of Edinburgh, suami kepada Ratu Elizabeth II (lihat Philip, Prince ). | UMUM | |
ZAMAN | Zaman ialah istilah yang digunakan untuk sebarang peringkat kehidupan seseorang, seperti masa kanak-kanak, belia, dewasa, dan zaman tua. | UMUM | |
ABIM | ABIM, sebuah pertubuhan Islam peringkat kebangsaan. ABIM ialah singkatan bagi Angkatan Belia Islam Malaysia. ABIM ditubuhkan pada tahun 1971, iaitu seiring dengan permulaan era kebangkitan Islam di Malaysia. | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Konsep |
MAYC | MAYC, pertubuhan belia yang terkenal di Malaysia. MAYC ialah singkatan Malaysian Association of Youth Clubs (Persatuan Kelab-kelab Belia Malaysia). Persatuan ini ditubuhkan pada tahun 1954. | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Institusi/Organisasi |
YAHYA SAMAH | YAHYA SAMAH (1932- ), penulis. Dia lahir pada 22 Mac 1932 di Hulu Kelang, Selangor. Nama penuhnya ialah Yahya bin Abu Samah. Dia juga menggunakan nama pena Yabas dalam penulisannya. Yahya menerima pendidikan awal di Sekolah Melayu Hulu Kelang (1939-1947). Kemudian dia menjadi guru pelatih di Maktab Perguruan Sultan Idris, Tanjung Malim (1949-1952) dan Maktab Perguruan Bahasa Lembah Pantai (1960-1962). Mulai tahun 1967, dia berkhidmat pula dengan Kementerian Kebudayaan Belia dan Sukan. Pada mulanya dia hanya menjadi pengarang Majalah Pemimpin, tetapi kemudiannya sebagai Pegawai Kebudayaan di Kuala Kubu Baharu dan sebagai Pengelola Kebudayaan Negeri Terengganu. Sebelum bersara, dia pernah menjadi pengarang Majalah Gelanggang dan Pengurus Koperasi Belia Nasional (KOBENA). | SASTERA | Tokoh |
GAPIM | GAPIM, persatuan penulis Islam. GAPIM ialah singkatan gabungan penulis Islam Malaysia. Persatuan ini ditubuhkan pada 30 Mei 1976 di Dewan Syarifah Radziah, Kampung Batu, Kuala Lumpur. Pengasas persatuan ini ialah sekumpulan penulis dan peminat sastera Islam yang sebahagian besarnya terdiri daripada aktivis belia dan pelajar daripada Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) dan Persatuan Kebangsaan pelajar-Pelajar Islam Malaysia (PKPIM). Antara pengasas dan pendukung utama GAPIM termasuklah Osman Abu Bakar, Kamaludin M/ Zain, Ibrahim Ali, Surhadi Dasuki, Amaludin Darus, Baharuddin Latif, Ahmad Azam, Suhor Hussein, Anas K. Hadimaja, Nakhaie Haji Ahmad dan Abdul rahman Rukaini. | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Institusi/Organisasi |
|
Tesaurus |
---|
| Tiada maklumat tesaurus untuk kata belia |
|
|