Tajuk |
Sinopsis |
Bidang |
Klasifikasi |
TAKAT BEKU | Takat beku ialah suhu apabila sesuatu bahan berubah dari cecair menjadi pepejal. Takat beku bahan yang berlainan sangat berbeza-beza. Raksa, misalnya, membeku pada 38.87 ° C. Walau bagaimanapun, emas mempunyai takat beku 1063 ° C. Takat beku bahan tulen serupa dengan takat lebur nya (lihat Takat lebur ). Misalnya, air membeku pada 0 ° C, dan bentuk pepejalnya, ais, cair pada suhu yang sama. Apabila sesuatu bahan tulen berada pada takat bekunya, bentuk cecair dan pepejal bahan tersebut berada dalam keseimbangan dengan satu sama lain. Melainkan haba ditambah atau disingkirkan, ia akan kekal dalam keadaan itu secara tidak menentu kerana bagi setiap amaun cecair yang membeku, amaun pepejal yang sama cair. Haba yang mesti ditambah untuk mencairkan suatu unit kuantiti sesuatu bahan, atau disingkirkan untuk membekukannya, dikenali sebagai haba pelakuran. | UMUM | |
MAKANAN SEJUK BEKU | Makanan sejuk beku. Penyejukbekuan ialah satu daripada cara yang terbaik untuk mengawet makanan. Syarikat pemproses makanan menyejukbekukan makanan seperti makanan panggang, jus oren, daging, piza, sayur-sayuran dan makanan pramasak lengkap. Ramai orang menyejukbekukan makanan di rumah. Penyejukbekuan mengawet makanan dengan mencegah pertumbuhan mikrob yang merosakkan makanan dan dengan melambatkan tindak balas kimia perosak makanan. Semua makanan sejuk beku hendaklah disimpan pada suhu 18°C atau di bawah suhu ini. | UMUM | |
PENGERINGAN SEJUK BEKU | | UMUM | |
AIS | Ais ialah air yang beku. Suhu sejuk menyebabkan ais terbentuk di tasik dan sungai, dan di atas jalan dan laluan jalan kaki yang basah. Salji, hujan beku, fros, dan hujan air batu ialah ais, begitu juga glasier. Ais terjadi apabila suhu air tulen jatuh kepada 0°C. Suhu ini dikenali sebagai takat beku bagi air. Ia juga dirujuk sebagai titik ais, satu daripada dua titik tetap pada termometer. Air yang mengandungi bendasing, seperti alkohol, garam, atau gula, membeku pada suhu lebih rendah daripada air tulen. Bendasing yang sedemikian boleh ditambah pada air untuk mengelakkannya daripada membeku. Apabila bendasing dicampur pada ais, ia menyebabkan ais cair. | UMUM | |
AISKRIM | Aiskrim ialah makanan beku yang popular. Secara tradisional, ia dibuat daripada produk susu, gula, dan air. Tetapi di beberapa buah negeri, minyak sayur-sayuran seperti minyak sawit, minyak kelapa, minyak kacang, dan minyak biji sesawi, boleh digunakan sebagai ganti lemak tenusu. | UMUM | |
SERUM | Serum ialah bahagian bendalir jernih dalam darah yang tertinggal selepas darah beku terbentuk. Serum sama seperti plasma (jumlah bahagian cecair dalam darah) kecuali serum tidak mengandungi fibrinogen, iaitu bahan yang menyebabkan pembekuan. | UMUM | |
KOAGULAN | Koagulan ialah mana-mana bahan yang menyebabkan bendalir menjadi beku atau menjadi pekat. | UMUM | |
STROK | Strok ialah kehilangan fungsi otak dengan tibatiba. Ia adalah kecemasan perubatan yang boleh menyebabkan kelumpuhan, kerosakan otak yang teruk, atau kematian. Kebanyakan strok berlaku apabila darah beku atau sesetengah bahan lain menyekat aliran darah ke otak, lalu mengganggu bekalan oksigen dan nutrien ke otak. Jika sekatan ini berlanjutan lebih daripada beberapa minit, kecacatan otak yang kekal mungkin berlaku. Strok juga mungkin berlaku apabila pembuluh darah pecah dan menyebabkan pendarahan ke dalam otak, atau ke dalam bendalir di sekeliling otak. Pendarahan mendatangkan tekanan yang merosakkan tisu otak, menyebabkan kehilangan fungsinya. | UMUM | |
AISBERG | Aisberg ialah timbunan ais yang amat besar, berkemungkinan pecah di hujung bahagian bawah glasier dan jatuh ke dalam laut. Timbunan ais yang amat besar ini dikenali sebagai aisberg, dan ia terjadi daripada air beku segar | UMUM | |
TAKAT EMBUN | Takat embun ialah suhu apabila lembapan dalam udara mula terpeluwap. Takat embun sama ada lebih rendah daripada suhu udara atau sama dengan suhu udara apabila kelembapan relatif adalah 100 peratus. Embun terbentuk apabila lapisan udara yang nipis, yang bersentuhan dengan permukaan, disejukkan di bawah takat embun. Penyejukan udara ini menghasilkan embun di permukaan atau kabut di udara, apabila takat embun di atas takat beku. Jika suhu udara dan takat embun di bawah takat beku, fros terbentuk di permukaan, atau hablur ais terbentuk di udara. Kabut dan awan terbentuk apabila banyak udara disejukkan di bawah takat embun. Lihat juga Embun; Fros; Kabut; Kelembapan. | UMUM | |
|
Tesaurus |
---|
| Tiada maklumat tesaurus untuk kata beku. |
|
Puisi |
---|
|
Tanjung Po Tanjung Berapi, Api berkilat di mungguk kubur; Rasa nak beku di dalam hati, Melihat tuan iman gugur.
Lihat selanjutnya... |
|