Zon tropika ialah kawasan bumi yang terletak dalam lingkungan 2570 kilometer utara dan 2570 kilometer selatan garisan khatulistiwa. Dua garisan bayangan, iaitu Garisan Sartan dan Garisan Jadi, membentuk sempadan zon tropika. Garisan Sartan ialah 23° 27' ke utara khatulistiwa dan Garisan Jadi pula 23° 27' ke selatan khatulistiwa. |