Ark (dalam bahasa Inggeris), biasanya merujuk kepada bahtera yang melindungi Noah dan keluarganya semasa  Banjir Besar  yang diterangkan dalam kitab Bible (Gen. 6). Perkataan itu juga merujuk kepada bakul tempat Moses disembunyikan. Dalam saumaah Yahudi,  ark  ialah almari yang menyimpan kitab  Torah  , lima kitab pertama Kitab Perjanjian Lama. Perkataan  ark  berasal daripada perkataan Latin  arca  , yang bermakna  peti  ,  kotak  , atau  laci  . Di Eropah,  ark  bermakna peti atau bakul tertutup untuk menyimpan barang berharga. Di Amerika Syarikat,  ark  merujuk kepada perahu leper yang besar yang digunakan semasa peluasan negara.  Lihat juga Ark of the Covenant.  |