Perang Petani merujuk kepada pemberontakan petani Jerman terhadap golongan bangsawan pada tahun 1524 dan tahun 1525. Ia merupakan pemberontakan terbesar oleh petani dalam sejarah negeri Jerman. Pemberontakan meletus pada akhir tahun 1524 di Stuhlingen di kawasan Black Forest dan pantas merebak ke utara. Kemudian seluruh rakyat Jerman, kecuali di Bavaria menerima kesannya. Para petani menyerbu istana kota dan memaksa bangsawan untuk memenuhi tuntutan mereka. Bendera mereka, yang dikenali sebagai Bundschuh , diperbuat daripada kain berwarna hitam, putih, dan merah dengan gambar kasut petani. |