Tajuk |
Sinopsis |
Bidang |
Klasifikasi |
BALAI | BALAI, tempat ketua-ketua masyarakat bermesyuarat, atau tempat upacara-upacara adat dilakukan. Balai sudah digunakan sejak zaman masyarakat penutur-penutur bahasa Proto Austronesia. Pada zaman terawal kerajaan Sriwijaya, balai mula mempunyai sejarah perkembangannya. Ini disebabkan adanya perubahan kepimpinan yang melibatkan penubuhan institusi beraja hasil daripada pertembungan kebudayaan Melayu dengan kebudayaan Hindu. | BUDAYA | Bandar/Negeri/Negara/Tempat |
BALAI SENI LUKIS NEGARA | BALAI SENI LUKIS NEGARA, balai pameran yang menghimpunkan karya pelukis Malaysia. Idea untuk menubuhkan Balai Seni Lukis Negara (BSLN) telah ditimbulkan oleh Majlis Kesenian Persekutuan Malaya pada tahun 1954. Pada awal tahun 1958, kerajaan Persekutuan telah memperuntukkan sebahagian daripada bangunan Dewan Tunku Abdul Rahman untuk kegunaan sementara BSLN. | BUDAYA | Bandar/Negeri/Negara/Tempat |
BALAI PUSTAKA | BALAI PUSTAKA, badan kerajaan yang diberi tugas oleh pemerintah Indonesia untuk menerbitkan buku-buku yang bermutu bagi bacaan para pelajar sekolah dan juga untuk bacaan umum. Badan ini pada mulanya didirikan oleh penjajah Belanda pada tahun 1908 dengan nama Commissie voor de Inlandsche School en Volkslectuur iaitu Suruhanjaya untuk Sekolah Peribumi dan Bacaan Rakyat. Suruhanjaya ini dianggotai oleh enam orang ahli jawatankuasa dengan dipengerusikan oleh Dr. G.A.J. Hazeu. Tugas Suruhanjaya ini adalah untuk memilih tulisan yang baik untuk digunakan di sekolah-sekolah dan dijadikan bacaan rakyat. Kerajaan Belanda berbuat demikian dengan tujuan untuk menyekat penerbitan bahan-bahan lain yang mengganggu dasar penjajahan mereka di samping untuk menerbitkan bahan-bahan yang dapat menonjolkan kekuasaan Belanda. Pada tahun 1917, Suruhanjaya tersebut ditukar namanya kepada Kantoor voor de Volkslectuur atau Kantor Bacaan Rakyat atau yang lebih terkenal dengan nama Balai Pustaka, dan Dr. D. A. Ringkes dilantik menjadi ketuanya. | BAHASA | Bandar/Negeri/Negara/Tempat |
TARIAN BALAI | TARIAN BALAI, sejenis tarian tradisional Melayu yang berasal dari Terengganu. Pada awalnya, tarian ini merupakan tarian berunsurkan pemujaan semangat padi, yang dipersembahkan oleh para petani selepas musim menanam padi. Tetapi kemudiannya tarian ini berubah menjadi tarian yang terkenal dan diminati oleh masyarakat Melayu Terengganu. | BUDAYA | Drama/Filem/Teater/Persembahan |
TELESKOP ANGKASA LEPAS HUBBLE | Teleskop Angkasa Lepas Hubble ialah teleskop pemantul yang dibina sebagai balai cerap dalam orbit. Cermin pengumpul cahayanya yang utama mempunyai diameter 240 sentimeter. Agensi angkasa lepas Amerika Syarikat, The National Aeronautics and Space Administration (NASA), telah melancarkan teleskop ini di atas kapal bolak-balik angkasa lepas pada bulan April 1990. Teleskop ini dinamakan sempena nama ahli astronomi Amerika, Edwin P. Hubble (lihat Hubble, Edwin Powell) . | UMUM | |
ABDOEL MOEIS | ABDOEL MOEIS (1890-1959), ahli politik dan sasterawan Angkatan Balai Pustaka, Indonesia. Dia lahir pada 3 Julai 1890 di Solok, Bukittinggi, Sumatera Barat, Indonesia. | SASTERA | Konsep |
KOTA | KOTA, kubu atau benteng pertahanan dan pusat pentadbiran raja-raja Melayu pada zaman pemerintahan kerajaan Melayu lama. Dalam naskhah Melayu lama, perkataan kota sering dikaitkan dengan istana raja-raja Melayu kerana apabila seseorang raja Melayu membuka sebuah negeri yang baharu, raja akan mengarahkan rakyatnya mendirikan istana yang berkota. Ini bermakna kompleks istana raja lengkap dengan balai penghadapan, balai besar, balairung seri dan bangunan lain kepunyaan raja terletak dalam sebuah kawasan yang berpagar. Lazimnya, pagar tersebut diperbuat daripada kayu sasak, buluh, benteng tanah ataupun tembok batu atau buah-buahan binaan yang lain. Kawasan kompleks istana yang berpagar di sekelilingnya inilah disebut Istana Berkota. | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Kesultanan/Kerajaan/Pemerintahan |
ART NOUVEOU | Art nouveou ialah gaya reka bentuk hiasan yang berkembang subur dari tahun 1890-an hingga kira-kira tahun 1910. Istilah art nouveau bererti seni baru dalam bahasa Perancis. Istilah ini berasal daripada balai seni lukis Paris Maison de lArt Nouveau . Balai seni lukis tersebut mempamerkan banyak karya yang dicipta menggunakan gaya reka bentuk ini. | UMUM | |
PERISTIWA BUKIT KEPONG | PERISTIWA BUKIT KEPONG, peristiwa serangan komunis ke atas Balai Polis Bukit Kepong pada tahun 1950. Balai Polis Bukit Kepong terletak di hulu Sungai Muar, Johor dan hanya boleh dihubungi melalui sungai. | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Peristiwa |
MENDELSOHN, ERIC | Mendelsohn, Eric (18871953) ialah arkitek Jerman yang terkenal kerana gaya geometrinya yang ketara. Mendelsohn cuba mencipta seni bina industri dan komersial yang baru dan ekspresif. Binaannya yang paling terkenal ialah Menara Einstein (1924), iaitu makmal dan balai cerap di Potsdam, Jerman. Bangunannya menampilkan lengkok-lengkok besar yang menjadi ciri karya Mendelsohn. | UMUM | |