Tajuk |
Sinopsis |
Bidang |
Klasifikasi |
BALADA ORANG-ORANG TERCINTA | BALADA ORANG-ORANG TERCINTA, kumpulan puisi berbentuk balada karya W.S. Rendra yang terbit pertama kali pada tahun 1956. Antara semua kumpulan puisi Rendra yang ada, kumpulan puisi ini penting kerana: (i) merupakan kumpulan puisi pertama Rendra sehingga dapat digunakan sebagai titik tolak bagi pemahaman sejarah kepenyairan penyair yang bersangkutan, (ii) merupakan kumpulan puisi yang berhasil mendapatkan Hadiah Sastera Nasional Badan Musyawarah Kebudayaan Nasional (BMKN), dan (iii) sebagai kumpulan puisi pertama dalam sejarah perpuisian Indonesia yang didominasi oleh bentuk balada. | SASTERA | Penerbitan |
SERVICE, ROBERT WILLIAM | Service, Robert William (18741958) ialah penyair Kanada yang mengarang balada yang bertenaga tentang kehidupan di perbatasan di Wilayah Yukon. Tulisannya ini membolehkan Service dikenali sebagai Kipling Kanada. Banyak baladanya juga memerikan keindahan Yukon. | UMUM | |
AUDEN W.H. | Auden W.H. (19071973), penyair yang lahir di England . Dia terkenal dengan kepelbagaian karyanya. Dia telah menghasilkan lagu balada, blues, seloka, puisi soneta, nonsense verse , oratorio (lagu daripada kitab Bible), free verse, libretto (seni kata) untuk opera dan drama. Auden memenangi Hadiah Pulitzer pada tahun 1948 untuk sajaknya yang setebal buku, The Age of Anxiety . | UMUM | |
NOYES, ALFRED | Noyes, Alfred (18801958) ialah salah seorang penyair Inggeris yang paling popular pada awal tahun 1900-an. Dia menjadi masyhur kerana balada dan lirik puisinya tentang sejarah Inggeris. | UMUM | |
SINATRA, FRANK | Sinatra, Frank (19151998) adalah antara penyanyi paling terkenal dalam sejarah muzik popular. Dia digelar The Voice, dan terkenal dengan nyanyian balada dan penghayatan lagu-lagu ritma. Bermula pada tahun 1941, dia muncul dalam lebih 50 buah filem. Dia memenangi Academy Award sebagai pelakon pembantu lelaki terbaik melalui lakonannya dalam filem From Here to Eternity. | UMUM | |
SOUTHEY, ROBERT | Southey, Robert (17741843) ialah pemuisi (laureate) United Kingdom dari tahun 1813 sehingga kematiannya. Dia dikenang terutamanya kerana beberapa balada, antaranya Battle of Blenheim (1798), dan juga kerana perhubungannya dengan William Wordsworth dan Samuel Taylor Coleridge. | UMUM | |
ARNE, THOMAS | Arne, Thomas (17101778), penggubah lagu Inggeris. Dia menulis lagu patriotik Rule, Britannia. Drama dan baladanya yang diiringi dengan muzik amat penting dalam perkembangan opera balet. Arne bersama-sama Isaac Bickerstaff, seorang penulis drama Irish, bekerjasama menghasilkan balada seperti Love in a Village . Arne menulis banyak latar lagu muzik dari lakon Shakespeare, seperti Where the Bee Sucks dari lakon The Tempest. Thomas Arne lahir di London. | UMUM | |
ARCHIBALD, JULES FRANCOIS | Archibald, Jules Francois (18561919), banyak menyumbang terhadap perkembangan sastera dan seni di Australia. Pada tahun 1880, dia membantu mengasaskan The Bulletin . Dia menjadi ketua pengarang The Bulletin selama lebih 16 tahun. Archibald menggalakkan penulis tempatan menulis cerita pendek dan balada untuk majalah tersebut. Dia pernah mengumpulkan sekumpulan penulis muda, seperti Henry Lawson dan Banjo Paterson. Dia memberikan mereka bantuan dan sokongan. Archibald juga membantu mengasaskan majalah The Lone Hand . Kemudian, dia menjadi ketua pengarang sastera untuk majalah Smiths Weekly . Dia mengeluarkan peruntukan untuk anugerah seni tahunan yang dipanggil Hadiah Archibald. Namanya yang sebenar ialah John Feltham Archibald. Dia lahir di Kildare, Australia. | UMUM | |
DURI DAN API | DURI DAN APIDURI DAN APIDURI DAN API, kumpulan puisi karya Usman Awang. Kumpulan ini memuatkan 46 puisi sebuah balada dan dua buah tablo yang ditulis dari tahun 1961 hingga tahun 1966. Kumpulan ini pertama kali diterbitkan pada tahun 1967 oleh Toko Buku Abbas Bandung, Melaka, dan diberi kata pengantar oleh Llyod Fernando. Nama kumpulan ini diambil daripada puisinya Duri dan Api, yang menggambarkan perjuangan pada pekerja Utusan Melayu ketika terjadinya peristiwa mogok. | SASTERA | Karya |
|
Tesaurus |
---|
| Tiada maklumat tesaurus untuk kata balada |
|
|