Tajuk |
Sinopsis |
Bidang |
Klasifikasi |
ISMAIL BAKTI | ISMAIL BAKTI (1919-1991), pemuzik dan seniman dramatari tradisional. Dia lahir pada 30 Januari 1919 di Kota Bharu, Kelantan. Nama sebenarnya ialah Ismail Bakti bin Haji Mohd. Salleh. Perkataan Bakti diberikan sempena gelaran ayahnya, Dato Kaya Bakti yang dianugerahkan oleh Sultan Mohamed IV, Sultan Kelantan Darul Naim. | BUDAYA | Tokoh |
PASUKAN KHIDMAT BAKTI | Pasukan Khidmat Bakti ialah sukarelawan bebas di seberang laut yang diprogramkan oleh kerajaan Amerika Syarikat di seberang laut. Lelaki dan wanita dalam pasukan ini bekerja dengan penduduk di negara-negara sedang membangun untuk membantu mereka memperbaiki keadaan hidup. | UMUM | |
PENERBIT FAJAR BAKTI SDN. BHD | PENERBIT FAJAR BAKTI SDN. BHD., penerbit buku. Penerbit ini ditubuhkan oleh syarikat induknya Oxford University Press (OUP). Pejabat OUP pada mulanya ditubuhkan di Singapura (1955) dan kemudiannya di Kuala Lumpur (1957) oleh Raymond Ernest Brammah, Ketua Bahagian Buku Pelajar OUP di United Kingdom. Penerbit Fajar Bakti menyebarluaskan matlamat liberal OUP untuk meningkatkan kecemerlangan dalam bidang pendidikan, pembelajaran dan kebudayaan melalui penerbitan dalam bahasa Melayu, Inggeris, Cina, Tamil, Thai dan Jepun. | SASTERA | Penerbitan |
PATRIOTISME | Patriotisme ialah rasa cinta dan sokongan yang setia kepada negara. Patriotisme meliputi rasa kasih kepada tanah air dan penduduknya, rasa kagum akan adat resam dan tradisinya, rasa bangga akan sejarahnya dan penuh bakti kepada kesejahteraannya. Istilah ini membayangkan perasaan bersatu dengan negara. | UMUM | |
SURAH AL-TAKATHUR | Surah al-Takathur ialah salah satu daripada surah Makkiyyah, surah yang ke-102 mengikut susunan surah-surah al-Quran dan mengandungi lapan ayat. Surah ini dinamakan al-Takathur (memperbanyak) kerana firman Allah S.W.T .yang bermaksud: Kamu telah dilalaikan (daripada mengerjakan amal bakti) oleh perlumbaan (memperbanyak harta-benda dan anak-pinak, pangkat dan pengaruh). (Surah al-Takathur 102:1) | UMUM | |
THE MALAY SOUND SYSTEM | THE MALAY SOUND SYSTEM, buku yang menghuraikan sisitem bunyi bahasa Melayu. Buku setebal 132 halaman ini ditulis oleh Yunus Maris dalam bahasa Inggeris dan diterbitkan oleh Penerbit Fajar Bakti Sdn. Bhd. pada tahun 1980. buku ini digunakan untuk mengajar sistem sebutan bahasa Melayu di Maktab Bahasa, Kuala Lumpur. Buku ini diperlengkapkan dengan latihan untuk mengajar sebutan bahasa Melayu di Amerika Syarikat pada tahun 1962. Naskhah siklostil diterbitkan pada tahun 1966. | BAHASA | Penerbitan |
PEJUANG SASTERA | PEJUANG SASTERA, hadiah sastera. Hadiah ini diberikan oleh kerajaan Malaysia kepada para sasterawan sebagai mengenang jasa dan khidmat bakti mereka dalam bidang kesusasteraan yang amat memberi erti terhadap martabat bangsa dan tanah air. | SASTERA | Anugerah/Hadiah |
TRI KORO DHARMO | TRI KORO DHARMO, pertubuhan pemuda pelajar sekolah menengah yang memperjuangkan gerakan kebangsaan di Jawa, Indonesia. Tri Koro Dharmo, bererti Tiga Tujuan Suci, ditubuhkan pada 7 Mac 1915 di Jakarta atas daya usaha Satiman Wirjosandjojo, seorang pelajar Sekolah Doktor Jawa. Tri Koro Dharmo yang berpegang kepada tiga prinsip yakni sakti, budi dan bakti bertujuan mewujudkan pertalian antara murid bumiputera sekolah menengah dan sekolah guru. Ahlinya yang terdiri daripada pelajar dari Jawa dan Madura ingin membangkitkan dan mempertajamkan semangat mencintai bahasa dan kebudayaan Jawa. | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Institusi/Organisasi |
NYANYI SUNYI | NYANYI SUNYI, kumpulan puisi karya Amir Hamzah. Kumpulan puisi ini diterbitkan pertama kali oleh Balai Pustaka pada tahun 1937. Nyanyi Sunyi diterbitkan semula pada tahun 1963 oleh BI-Publication Limited, Kuala Lumpur dan pada tahun 1982 kumpulan ini diterbitkan pula oleh P.T. Dian Rakyat, Jakarta. Nyanyi Sunyi turut diterbitkan oleh Penerbit Fajar Bakti pada tahun 1991. Kumpulan puisi ini memuatkan 24 buah puisi yang bertemakan ketuhanan. | SASTERA | Karya |