Tajuk |
Sinopsis |
Bidang |
Klasifikasi |
BAIT | BAIT, rangkap dalam puisi. Kata bait itu sendiri adalah dari bahasa Arab bayt yang bermakna rumah atau khemah. Satu rangkap puisi Arab dikatakan sebuah bait iaitu terdiri daripada dua misra, dua kerat atau dua larik, atau satu kuplet daripada keseluruhan sebuah puisi. Bait-bait puisi itu pula hendaklah sesuai dengan kaedah, susunan atau aspek-aspek estetika puisi tersebut. Dalam puisi Melayu tradisional, bait ialah suatu rangkap puisi Arab atau Parsi yang diturunkan dalam bahasa asalnya serta diberikan terjemahannya dalam bahasa Melayu. Misalnya: Dalam Sejarah Melayu edisi Shellabear (1975), pada kisah Tun Teja dengan perempuan tua pelulut, diberikan suatu bait puisi Arab: La tamananna ajuzatan tadkhulu fil-khbai\Hal tamananu asadan maal-aghnami. | SASTERA | Konsep |
ALI ABDULLAH, SALIH | `Ali `Abdullah, Salih (1363 H. /1942 M. ) ialah Presiden Republik Arab Yaman. Dia lahir di Kampung Bait al-Ahmar, daerah Sanjan di Sana, Yaman. | UMUM | |
GURINDAM DUABELAS | GURINDAM DUABELAS, gubahan gurindam yang cukup panjang, terdiri daripada banyak bait dan dua belas pasal. Gurindam Duabelas ditulis pada hari selasa 23 Rejab 1264 H., oleh Raja Ali Haji dari Riau. Dia adalah salah seorang cucu Raja Haji yang masyhur; Raja Muda Riau berdarah Bugis, yang telah gugur di Teluk Ketapang ketika melawan Belanda di Melaka pada tahun 1784 M. Selain sebagai penyair, dia dikenal sebagai penulis sejarah dan penyusun kitab tatabahasa Melayu yang tergolong kuno. Hari lahir dan wafatnya tidak diketahui dengan pasti. Lahirnya kemungkinan di sekitar tahun 1809 M. dan wafatnya antara tahun 1869 M. dan 1875 M. | SASTERA | Karya |
TANAH AIR | TANAH AIR, puisi Muhammad Yamin yang diterbitkan pada tahun 1922, untuk menyambut ulang tahun kelima Jong Sumatranen Bond (Perkumpulan Pemuda Sumatera) di Jakarta. Sebelum diterbitkan dalam bentuk buku, tiga bait sajak Tanah Air ini pernah dimuatkan dalam majalah Jong Sumatera pada tahun 1920. | SASTERA | Karya |
|
Tesaurus |
---|
| Tiada maklumat tesaurus untuk kata bait |
|
|