Tajuk |
Sinopsis |
Bidang |
Klasifikasi |
SALMAH MOHSIN | SALMAH MOHSIN (1944 - ), wartawan dan penulis. Dia lahir pada 13 Februari 1944 di Kampung Bagan, Batu Pahat, Johor. Dia mendapat pendidikan awal di Sekolah Melayu Bagan hingga darjah tiga, Sekolah Inggeris Perempuan Temenggung Ibrahim, Batu Pahat dan Sekolah Agama Perempuan Bagan hingga tamat darjah khas. | SASTERA | Tokoh |
AHMAD MURAD NASARUDDIN | AHMAD MURAD NASARUDDIN (1910-1974), penterjemah dan penulis. Dia lahir pada 2 Ogos 1910 di Bagan Tuan Kecil, Seberang Perai, Pulau Pinang. | SASTERA | Konsep |
LONG JAAFAR | LONG JAAFAR ( ? -1858), pentadbir daerah Larut, Krian dan Bagan Tiang, Perak. Tarikh dan tempat lahirnya tidak diketahui. Long Jaafar dipercayai daripada keturunan Aceh, yang pernah memerintah Perak hampir lebih kurang seratus tahun pada pertengahan abad ke-16 hingga awal abad ke-17. Long Jaafar ialah cucu Pandak Jamaluddin, Orang Besar Enam Belas Perak yang pertama dengan gelaran Dato Paduka Setia, dan anak Alang Allaidin, Orang Besar Lapan. Long Jaafar mula dikenal pada zaman pemerintahan Sultan Abdullah Muazzam Shah (m.m. 1819-1930) memegang jawatan Dato Panglima Bukit Gantang dan berkahwin dengan sepupunya, Ngah Pura, anak Dato Alang Alaidin. | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Tokoh |
ROKAN | ROKAN, daerah yang terletak di bawah pentadbiran Propinsi Riau, Indonesia. Pada dasarnya, Rokan terletak antara Sungai Rokan Kiri dan Sungai Rokan Kanan yang bermuara dekat Bagan Siapi-Api di Selat Melaka. Dalam peta Portugis pada abad ke-16, Rokan dikenal dengan nama Arakan. Sejarah Melayu mencatatkan Raja Rokan mempunyai hubungan kekeluargaan dengan Raja Melaka. | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Bandar/Negeri/Negara/Tempat |
M. DAUD KILAU | M. DAUD KILAU, Dato (1938 ), penyanyi. Dia lahir pada 10 Julai 1938 di Sungai Ular, Bagan Datok, Perak. Dia mendapat pendidikan hingga Darjah Lima di Sekolah Melayu Sungai Nipah Baroh, Pagoh, Perak. | BUDAYA | Tokoh |
MANA SIKANA | MANA SIKANA (1945 - ), penulis. Dia lahir pada 9 Oktober 1945 di Bagan Serai, Perak. Nama sebenarnya ialah Abdul Rahman Napiah @ Hanafiah @ Mohd. Hanafiah. Dia juga menggunakan nama pena Abd. Rahman M.S., Anakis Anam, Reihman M.S. dan Ustaz Abd. Rahman al-Mana @ al-Senawari. | SASTERA | Tokoh |
MUSA MOHAMAD, DATUK | MUSA MOHAMAD, Datuk (1943- ), Naib Canselor Universiti Sains Malaysia (USM). Dia lahir pada 29 November 1943 di Sungai Nipah, Bagan Datoh, Perak. Musa mendapat pendidikan di Sekolah Melayu Simpang Tiga (1949-1951), Sekolah Inggeris Kerajaan Sungai Sumun (1949-1951), Sekolah Clifford (1958-1959) dan seterusnya di Maktab Melayu Kuala Kangsar (1960-1961). Pada tahun 1962, dia melanjutkan pelajarannya di University of Singapore sehingga memperoleh ijazah Sarjana Muda Farmasi. | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Tokoh |
ANAS K. HADIMAJA | ANAS K. HADIMAJA (1943 - ), penulis. Dia lahir pada 18 Februari 1943 di Parit Sungai Balai Darat, Bagan Datoh, Perak. Namanya yang sebenarnya ialah Tubagus Anas Muhammad Zan bin Haji Abdullah. | SASTERA | Konsep |
NGAH IBRAHIM LONG JAAFAR | NGAH IBRAHIM LONG JAAFAR (? 1895), pentadbir Larut (1840 1875), Ngah Ibrahim mewarisi pentadbiran Larut daripada ayahnya, Long Jaafar. Pada 24 Mei 1858, dia diberi kuasa oleh Sultan Jaafar Muazam Syah untuk mentadbir kawasan yang meliputi Kerian dan Bagan Tiang. Ngah Ibrahim tinggal di Permatang (Matang) dan berkahwin dengan Wan Halimah, anak Laksamana Wan Muhammad Amin. | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Tokoh |
|
Tesaurus |
---|
| Tiada maklumat tesaurus untuk kata bagan |
|
|