Tajuk |
Sinopsis |
Bidang |
Klasifikasi |
JAMALUL AZAM | JAMALUL AZAM ( ? 1881), Sultan Sulu (m.m. 1862-1881). Tarikh dan tempat lahirnya tidak diketahui. Dia dikenal juga dengan nama Jamalul Alam. Dia menggantikan ayahnya Sultan Muhamad Fald. Masa pemerintahannya merupakan saat-saat terakhir Sulu sebagai sebuah negeri yang merdeka dan berdaulat. Pada zaman pemerintahannya persaingan antara kuasa Barat di perairan Sulu sampai ke kemuncaknya. Semenjak pertengahan abad ke-19, pihak Sepanyol telah berusaha untuk menguasai Sulu sepenuhnya bagi mengelakkan Sulu jatuh kepada kuasa-kuasa Barat yang lain. | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Tokoh |
M. NOOR AZAM | M. NOOR AZAM, Dato (1933- ), tokoh korporat dan penulis. Dia lahir pada 7 Mac 1933 di Kampung Belukar, Jitra, Kedah. Nama sebenarnya ialah Mohd. Noor bin Haji Yusof. Dia juga menggunakan nama pena seperti Musa Jalil, Nuri Kedah, Pengeran Derma, Wartawan dan M.N.A. | SASTERA | Tokoh |
DEWAN SISWA | DEWAN SISWA, majalah bulanan khusus untuk golongan remaja dan pelajar sekolah menengah. Majalah ini diterbitkan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur sejak Januari 1979, dengan moto Bulanan Pengetahuan dan Kreatif Siswa Menengah. Majalah ini berukuran 21 cm x 28 cm. Anggota sidang pengarang pertama majalah ini terdiri daripada M. Noor Azam sebagai ketua pengarang, Haji Ahmad Ismail (Ajikik) sebagai pengarang, Jaafar Abdul Rahim, Mohammad Bahadon dan Kamariah Yusof sebagai penolong pengarang. | SASTERA | Penerbitan |
MADRASAH IDRISIYAH | MADRASAH IDRISIYAH, sekolah agama. Madrasah yang didirikan pada tahun 1922 ini dibina di atas sebidang tanah wakaf seluas dua hektar di hadapan Masjid Ubudiah, Bukit Chandan, Kuala Kangsar, Perak. Nama madrasah ini mengambil sempena nama Sultan Idris Murshidul Azam Syah (1887-1916). Bagindalah yang menjadi penggerak utama kepada penubuhan madrasah ini. | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Institusi/Organisasi |
BUKIT CHANDAN | BUKIT CHANDAN, bandar diraja Perak. Bandar ini terletak di daerah Kuala Kangsar, Perak, merupakan kawasan kediaman Sultan Perak sejak abad ke-19. Apabila Sultan Idris Mursyidul Azam Syah ditabalkan sebagai Sultan Perak yang ke-28 pada tahun 1887, baginda memilih puncak bukit ini menjadi tempat baginda bersemayam. Bukit Chandan terus menjadi pusat pentadbiran Kesultanan Melayu Perak hingga ke hari ini. | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Bandar/Negeri/Negara/Tempat |
MASJID UBUDIAH | MASJID UBUDIAH, antara masjid yang tercantik Perak. Masjid ini terletak berhampiran dengan Istana Iskandariah, di Bukit Chandan, Kuala Kangsar. Masjid ini dibina dengan titah Sultan Idris Murshidul Azam Syah, Sultan Perak (1887-1916). Baginda bernazar untuk mendirikan sebuah masjid setelah baginda pulih daripada gering. Pada hari Jumaat, 26 September 1913, Sultan Idris meletakkan batu asas pembinaan masjid tersebut. | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Artifak/Mentifak |
DEWAN MASYARAKAT | DEWAN MASYARAKAT, majalah bulanan bacaan umum, diterbitkan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur sejak 15 September 1963. Majalah yang mengandungi 60 halaman ini berukuran 21 cm x 28 cm dan merupakan majalah kedua terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka selepas majalah Dewan Bahasa. Pada peringkat awalnya, majalah ini diterbitkan pada setiap 15 hari bulan, tetapi mulai keluaran Jun 1986, majalah ini diterbitkan pada setiap awal bulan. Pengarang pertamanya ialah Kamaluddin Muhammad (Keris Mas). Dia memegang jawatan itu hingga bulan Januari 1967. Mulai Februari 1967, jawatan pengarang dinaikkan tarafnya kepada ketua pengarang. Keris Mas terus memegang jawatan tersebut hingga bulan Julai 1975. Mulai bulan Ogos 1975, jawatan ini dipegang oleh M. Noor Azam. | SASTERA | Penerbitan |
GAPIM | GAPIM, persatuan penulis Islam. GAPIM ialah singkatan gabungan penulis Islam Malaysia. Persatuan ini ditubuhkan pada 30 Mei 1976 di Dewan Syarifah Radziah, Kampung Batu, Kuala Lumpur. Pengasas persatuan ini ialah sekumpulan penulis dan peminat sastera Islam yang sebahagian besarnya terdiri daripada aktivis belia dan pelajar daripada Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) dan Persatuan Kebangsaan pelajar-Pelajar Islam Malaysia (PKPIM). Antara pengasas dan pendukung utama GAPIM termasuklah Osman Abu Bakar, Kamaludin M/ Zain, Ibrahim Ali, Surhadi Dasuki, Amaludin Darus, Baharuddin Latif, Ahmad Azam, Suhor Hussein, Anas K. Hadimaja, Nakhaie Haji Ahmad dan Abdul rahman Rukaini. | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Institusi/Organisasi |
|
Tesaurus |
---|
| Tiada maklumat tesaurus untuk kata azam |
|
|