Tajuk |
Sinopsis |
Bidang |
Klasifikasi |
AWAS | AWAS, pertubuhan sayap kiri, Bahagian Wanita, Parti Kebangsaan Melayu Malaysia (PKMM), AWAS ialah singkatan Angkatan Wanita Sedar. Parti ini ditubuhkan pada tahun | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Institusi/Organisasi |
BATAS | Batas, cawangan daripada Parti Kebangsaan Melayu Malaya (PKMM). BATAS ialah singkatan Barisan Tani SeMalaya, ditubuhkan selepas penubuhan Angkatan Pemuda Insaf (API) dan Angkatan Wanita Sedar (AWAS) sekitar tahun 1947. | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Konsep |
ANGKATAN WANITA SEDAR | Angkatan Wanita Sedar, pertubuhan wanita Parti Kebangsaan Melayu Malaya (PKMM). Angkatan Wanita Sedar atau akronimnya AWAS ditubuhkan pada tahun 1946 dan diketuai oleh Aishah Ghani, wartawan akhbar Pelita Malaya. | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Institusi/Organisasi |
SHAMSIAH FAKEH | SHAMSIAH FAKEH (1922- ), aktivis politik berhaluan kiri dan bekas Ketua Umum Angkatan Wanita Sedar (AWAS). Dia lahir di Kuala Pilah, Negeri Sembilan. Shamsiah adalah anak kedua daripada lapan orang adik-beradik. Bapanya bernama Sutan bin Sulaiman, seorang peniaga yang diberi gelaran Fakih kerana ilmunya dalam bidang agama. Ibunya bernama Sa Asma binti Nonggok. Kedua-dua orang tuanya yang berasal dari Padang, Sumatera, berhijrah ke Semenanjung Tanah Melayu dan menetap di Kuala Pilah. | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Tokoh |
PRM | PRM, parti politik. PRM ialah singkatan Parti Rakyat Malaya. Parti ini ditubuhkan pada 11 September 1955 di Kuala Lumpur. Rancangan penubuhan parti ini dibuat setelah beberapa buah parti kiri lain yang menentang dan menuntut kemerdekaan daripada British seperti Parti Kebangsaan Melayu Malaya (PKMM), Angkatan Pemuda Insaf (API), Angkatan Wanita Sedar (AWAS), Hizbul Muslimin dan Parti Komunis Malaya (PKM) diharamkan pada tahun 1948. Berikutan pengharaman ini, lebih 12 000 orang anggota dan pemimpin yang memperjuangkan kemerdekaan telah ditangkap. | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Konsep |
|
Tesaurus |
---|
| Tiada maklumat tesaurus untuk kata awas |
|
|