Mir Imad al-Husni (961 H. 1024 H./ 1554 M.1015 M.), salah seorang penulis khat Iran. Dia lahir di Qazwin ibu kota bagi kerajaan Safawiyin selepas bandar Tabriz. Tulisan khat parsinya (naskh at-taqliq) mempunyai nilaian yang sangat tinggi, bahkan tulisan khat parsinya dianggap sebagai puncak kecemerlangan khat parsi yang dipelajarinya di Tabriz dari Mulla Muhammad Hussein al-Tabrizi. Dari situlah dia menekuninya, kemudian mencantikkannya dan menjadikannya lebih terkehadapan sehingga sampailah ia ke kemuncak kejayaan dalam kesenian itu, ditambah lagi dengan kepakarannya dalam khat-khat yang lain. Keistimewaan cara dan gaya tulisan khatnya terletak pada keindahan hubungan dalam khat tersebut, perinciannya, ketangkasan dan atur hurufnya. |