Orang Kreol, di Amerika Selatan atau Amerika Utara, ialah individu yang nenek moyangnya peneroka Perancis atau peneroka Sepanyol awal di Dunia Baru. Perkataan Kreol berasal daripada perkataan Sepanyol criollo yang bererti penduduk asal tempat itu . Istilah itu juga merujuk kepada makanan Kreol dan aspek-aspek lain kebudayaan Kreol. Di Amerika Syarikat, orang Kreol ialah keturunan peneroka Perancis atau peneroka Sepanyol di Negeri-negeri Teluk seperti Louisiana. Kebanyakan orang Kreol bertutur dalam bahasa Perancis, Sepanyol, atau Portugis. Makanan orang Kreol ialah gumbo , sejenis sup, dan praline , sejenis gula-gula. |