Tajuk |
Sinopsis |
Bidang |
Klasifikasi |
AHMADY ASMARA | AHMADY ASMARA (1921-1963), WARTAWAN DAN PENULIS. Dia lahir pada 2 Ogos 1921 di Sungai Ara, Pulau Pinang. | SASTERA | Konsep |
A. BOLLY ASMARA | A. BOLLY ASMARA (1938-1985), penyair. Dia lahir pada 1 Ogos 1938 di Kampung Takis, Papar, Sabah. Nama sebenarnya ialah Suhaibul Ahmad. | SASTERA | Konsep |
JYMY ASMARA | JYMY ASMARA (1921 1971), penulis. Dia lahir pada 29 Julai 1921 di Muar, Johor. Nama sebenarnya ialah Jaafar bin Haji Muhammad. Dia mendapat pendidikan Sekolah Melayu Muar hingga Darjah Lima. Semasa pendudukan Jepun di Tanah Melayu, dia menganggotai tentera Heiho dan pernah bertugas hingga ke Thailand. | SASTERA | Tokoh |
ANDJAR ASMARA | ANDJAR ASMARA (1902 1961), penulis, wartawan, pelakon sandiwara dan filem Indonesia. Dia lahir pada 26 Februari 1902 di Alahan Panjang, Sumatera Barat, Indonesia. | BUDAYA | Konsep |
ERITREA | Eritrea ialah negara kecil di pantai timur laut Afrika. Negara ini menganjur sepanjang Laut Merah, di antara Sudan dengan Djibouti. Di selatannya terletak Ethiopia. Asmara ialah negara dan bandar terbesar. | UMUM | |
KLARA AKUSTIA | KLARA AKUSTIA (1923- ), pengkritik dan penyair Indonesia. Dia lahir pada 7 Mac 1923 di Cianjur, Jawa Barat, Indonesia. Dia pernah menggunakan nama samaran A.S. Dharta, Yogoswara, Kelara Asmara dan Rodji. Dia muncul sebagai seorang penulis terutama puisi pada tahun 1950-an hingga pertengahan tahun 1960-an iaitu setelah tumpasnya Gerakan 30 September 1965 (Gestapu). Klara Akustia terlibat secara langsung dalam mendirikan Lembaga Kebudayaan Rakyat (LEKRA) pada 17 Ogos 1950 bersama-sama beberapa orang lain termasuklah D.N. Aidit, M.S. Ashar, Njoto, Henk Ngantung dan Joebaar Ahoeb. | SASTERA | Tokoh |
KASMA BOOTY | KASMA BOOTY, (1930- ), pelakon filem Melayu pada tahun 1950-an. Dia lahir pada bulan April 1930 di Medan, Indonesia. Bapanya keturunan Belanda. Semasa pemerintahan Jepun, keluarganya mengikuti kumpulan sandiwara bergerak Rayuan Asmara atau Asmaradhana yang ditubuhkan oleh Jaafar Sidek, Ahmad C.B. dan Booty Jacobs ke seluruh Sumatera dan Singapura sebagai usaha melarikan diri daripada keganasan Jepun. Pada masa itu, Kasma menjadi pelakon kanak-kanak dan penyanyi latar. | BUDAYA | Tokoh |
MOKHTAR PETAH | MOKHTAR PETAH (1934- ), penulis dan wartawan. Dia lahir pada 3 Julai 1934 di Kampung Ngor, Perak. Nama sebenarnya ialah Mohd. Mokhtar bin Mohd. Petah. Dia pernah memakai nama samaran M. Pathy, Shabab Asmara atau Noor Iskandar. Mokhtar mendapat pendidikan awal di Sekolah Melayu Sauk, Kuala Kangsar hingga Darjah Lima (1941-1945). Kemudian Mokhtar melanjutkan pelajaran ke sekolah agama rakyat, Sekolah Agama Nurul Anwar, Lenggong, Perak, Madrasah Ihlaa, Padang Rengas, Perak dan Madrasah Dairat al-Maarif al-Wataniyyah, Kepala Batas, Seberang Perai Utara, Pulau Pinang. Pada tahun 1960-an, dia mengikuti kursus perguruan Islam di Maahad el-Ehya Assharif, Gunung Semanggol, Perak. | SASTERA | Tokoh |
|
Tesaurus |
---|
| Tiada maklumat tesaurus untuk kata asmara |
|
|