Thumboo, Edwin (1933 ), penulis, pengkritik, dan ahli akademik Singapura, menjadi profesor bahasa Inggeris di National University of Singapore pada tahun 1979. Dia terkenal kerana puisinya. Koleksi puisinya berjudul Gods Can Die (1977) menerima anugerah puisi Singapore National Book Development Council pada tahun 1978. Pada tahun 1979, dia dianugerahkan Southeast Asia Writers Award untuk puisi. Pada tahun 1987, dia menerima Association of Southeast Asian Nations (ASEAN) Award untuk pencapaian terbaiknya dalam kesusasteraan. Antologinya yang telah diterbitkan termasuklah The Flowering Tree (1970), Seven Poets (1973), The Second Tongue (1976), Rub of Earth (1956) dan Ulysses by the Merlion (1979). Edwin Thumboo lahir di Singapura. Dia mendapat pendidikannya di Victoria School dan University of Malaya di Singapura. |