Tajuk |
Sinopsis |
Bidang |
Klasifikasi |
ARENA WATI | Arena Wati (1925 ), Sasterawan Negara Malaysia yang kelima (1987). Selain Arena Wati, nama penanya yang lain ialah Duta Muda, Partia dan Haji. Nama sebenarnya ialah Muhammad bin Abdul Biang atau Andi Muhammad Dahlan bin Andi Buyung. | UMUM | |
LERNER, ALAN JAY | Lerner, Alan Jay (19181986), salah seorang penulis lirik teragung dalam arena muzik Amerika. Liriknya yang terbaik memaparkan kebijaksanaan dan kesenian yang jarang ditemui dalam arena muzik. Hasil gubahan Lerner yang terunggul pernah diusahakannya bersama-sama penggubah kelahiran Vienna, Frederick Loewe. | UMUM | |
RICHARDSON, SIR RAPLH | Richardson, Sir Raplh (19021983), terkenal di arena antarabangsa dengan persembahannya dalam beberapa peranan filem dan pentas. Dia menerima sanjungan di bidang pementasan bagi peranannya dalam Peer Gynt karya Ibsen, Cyrano de Bergerac oleh Rostand , dan Uncle Vanya karya Chekov, bagi peranannya sebagai Bluntschli dalam Arms and the man oleh Bernand, dan banyak lagi watak Shakespeare. Filem-filemnya ialah Anna Kerenina, The Fallen Idol, The Heiress, dan Lady Caroline Lamb . | UMUM | |
KELUARGA SIDEK | Keluarga Sidek ialah ahli Keluarga Dato Sidek yang berjaya dalam arena badminton. Anak-anak Dato Sidek terdiri daripada Misbun, Razif, Jalani, Rahman, Rashid, dan Zamaliah. | UMUM | |
STADIUM | Stadium ialah struktur besar untuk penonton yang dibina mengelilingi padang permainan atau arena. Stadium mempunyai tempat duduk yang diatur dalam baris. Dari tempat duduk ini, penonton dapat melihat acara sukan dan acara awam lain seperti konsert. Stadium terbesar di dunia termasuklah Stadium Strahov di Prague, Republik Czech, dan Stadium Perbandaran Maracana di Rio de Janeiro, Brazil. Kedua-dua stadium ini boleh menampung lebih daripada 200 000 penonton. | UMUM | |
RICHARDSON, HENRY HOBSON | Richardson, Henry Hobson (18381886), arkitek Amerika yang pertama memperolehi pengiktirafan di arena antarabangsa. Dia mendominasi bidang seni bina Amerika Syarikat pada tahun 1870-an dan 1880-an. | UMUM | |
WOODS, TIGER | Pemain golf profesional dunia yang terkenal dengan catatan rekod pencapaian yang terbanyak dan juga pemain yang telah mencipta banyak sejarah sebagai pemain pertama dan pemain paling muda dalam arena sukan golf. Beliau merupakan pemain golf kulit hitam yang pertama dan yang paling muda menjuarai kejohanan U.S Junior Amateur. Beliau merupakan atlet terkaya dunia sepanjang tahun 2006. | SUKAN | Tokoh |
BARA BATU | BARA BATU, kumpulan cerpen Arena Wati yang memuatkan 30 buah cerpennya yang pernah tersiar dalam beberapa akhbar dan majalah tempatan sejak tahun 1969 hingga tahun 1979. | SASTERA | Konsep |
ASHDOWN, PADDY | Ashdown, Paddy (1941 ), menjadi pemimpin pertama Party Liberal Demokrat United Kingdom yang baru selepas Liberal dan Demokrat Sosial bergabung pada tahun 1988. Sebelum memasuki arena politik Ashdown menyertai Pejabat Luar Negeri pada tahun 1972 dan bekerja di ibu pejabat Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu di Geneva, Switzerland. Pada tahun 1976, dia menjadi calon parlimen Liberal untuk Yeovil di Somerset. Dia dipilih menjadi anggota Parlimen pada tahun 1983 dan menjadi jurucakap Liberal tentang perdagangan dan industri hingga tahun 1987 apabila dia menjadi jurucakap untuk pendidikan. | UMUM | |
SANDERA | SANDERA, novel karya Sasterawan Negara Arena Wati. Novel ini telah memenangi hadiah ketiga Sayembara Mengarang Novel sempena 10 tahun menyambut kemerdekaan Malaysia. Pada tahun 1971, novel ini diterbitkan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka. Mulai tahun 1977 hingga tahun 1989, novel ini digunakan sebagai teks Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM). | SASTERA | Karya |
|
Tesaurus |
---|
| Tiada maklumat tesaurus untuk kata arena |
|
|