Semafor ialah kaedah memberi isyarat dengan menggunakan sasaran atau bendera. Setiap kedudukan sasaran mempunyai makna yang dapat ditafsir oleh seseorang yang terlatih. Satu set arahan bendera yang standard boleh mengeja abjad Inggeris. Setiap satunya ditunjukkan dalam rencana huruf abjad dalam Ensiklopedia Dunia , seperti A . Urutan bagi arahan ini dapat digunakan untuk mengeja perkataan dalam mesej. Angka dieja, tetapi beberapa arahan merupakan perkataan, seperti kesilapan, atau frasa. Terdapat juga sedikit variasi dalam arahan untuk A dan G. Bendera Semafor digunakan oleh anggota angkatan laut dan kereta api sedunia. Mesej boleh dihantar pada kelajuan kira-kira 25 perkataan seminit. Lihat juga Kereta api (Kawalan trafik). |