Annapolis ialah ibu negeri Maryland, negeri di Amerika Syarikat. Di sinilah terletak Akademi Tentera Laut Amerika Syarikat. Annapolis terletak di sepanjang pinggir Sungai Severn di pantai barat Teluk Chesapeake. Susun atur bandar ini terdiri daripada dua bulatan di tengah-tengahnya dan jalan-jalan kecil bercabang-cabang ke semua arah. |