Avant-garde ialah istilah yang digunakan untuk memerikan orang dalam apa jua bidang, yang memecahkan piawaian tradisi dan kelaziman dalam pekerjaan mereka. Istilah ini digunakan terutamanya untuk menerangkan perubahan dalam seni. Seniman avant-garde menekankan eksperimen dan kaedah asli dan menentang cara yang sudah sedia diterima dalam melakukan sesuatu pekerjaan. Mereka kadangkala mengecam ciri seni yang lampau dan ciri semasa malahan idea seni itu sendiri. Pada awal tahun 1900-an, contohnya, pelukis Perancis, Marcel Duchamp mereka ukiran yang berlainan daripada objek seharian untuk mempersenda kepercayaan bahawa seni ialah sesuatu yang ajaib. |