Tajuk |
Sinopsis |
Bidang |
Klasifikasi |
ANTAN | ANTAN, alat untuk menumbuk bijirin seperti padi dan beras. Antan ditumbuk ke dalam lesung untuk memisahkan padi daripada kulitnya. Antan juga digunakan untuk menumbuk emping dan beras. Antan, jika kecil, dikenal sebagai alu yang digunakan untuk melengkapi lesung tangan. | BUDAYA | Konsep |
TUMBUK KALANG | TUMBUK KALANG, permainan rakyat di Negeri Sembilan, khususnya di Tampin, Inas, Seri Menanti, Gunung Pasir, dan Rembau. Permainan ini dimainkan oleh masyarakat petani ketika mengemping padi. Alat muzik yang mengiringi persembahan tumbuk kalang ialah sebuah lesung dan beberapa batang antan. Biasanya lesung dan antan ini diperbuat daripada kayu merbau atau halban kerana kayunya keras serta bunyinya lantang. | BUDAYA | Permainan/Sukan/Rekreasi |
|
Tesaurus |
---|
| Tiada maklumat tesaurus untuk kata antan |
|
|