Agensi Angkasa Lepas Eropah (ESA), menggalakkan kerjasama dalam program angkasa lepas dalam kalangan negara Eropah Barat. Agensi ini ditubuhkan pada tahun 1975 melalui gabungan Organisasi Pembangunan Pelancar Eropah (European Launcher Development Organization) dan Organisasi Penyelidikan Angkasa Lepas Eropah (ESRO). Anggota ESA terdiri daripada Austria, Belgium, Denmark, Perancis, Jerman, Ireland, Itali, Belanda, Norway, Sepanyol, Sweden, Switzerland dan United Kingdom. Kanada dan Finland menjadi anggota bersekutu. |