Perbadanan Kewangan Antarabangsa International Finance Corporation (IFC) ialah badan pelaburan yang dimiliki dan dibiayai oleh kira-kira 125 buah negara. IFC menggalakkan pertumbuhan perusahaan swasta yang produktif di kalangan negara anggota yang kurang membangun. Ia melabur dalam perusahaan swasta di negara tersebut tanpa jaminan daripada pihak kerajaan. Pelaburannya membentuk sebahagian daripada jumlah pelaburan lebih besar yang disediakan oleh pelabur usahawan swasta tempatan dan pelabur asing. IFC juga melabur dalam projek yang dibiayai bersama oleh kerajaan dan pelabur swasta. |