Muhammad ibn Abd al-Rahman (207 H.273 H.), salah seorang pemerintah kerajaan Umayyah di Andalus. Nama penuhnya ialah Muhammad ibn Abd al-Rahman ibn al-Hakam ibn Hashim al-Umawiy. Muhammad ibn Abd al-Rahman lahir di Cordova dan meninggal dunia di sana juga. Pada tahun 238 H./802 M., Muhammad mengambil alih pemerintahan selepas kematian bapanya. Dia suka berbuat baik kepada rakyat jelata, cerdik, adil dan amat dikasihi oleh penduduk negara-negara merdeka pada zamannya sehinggakan musuhnya Bani Midrar Basjalmasah dan Muhammad ibn Aflah sering mengadakan perundingan dengannya. Dia banyak melakukan serangan ke atas negara Perancis. Muhammad ibn Abd al-Rahman dianggap sebagai seorang ahli balaghah dan sastera. |