Tajuk |
Sinopsis |
Bidang |
Klasifikasi |
ABDUL RAHMAN ANDAK, DATO' SERI AMAR DIRAJA JOHOR | ABDUL RAHMAN ANDAK, Dato Seri Amar Diraja Johor (1850-1930), pembesar Johor yang menentang kemasukan British ke Johor. | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Konsep |
ABDUL RAHMAN ANDAK, DATUK SERI AMAR DIRAJA | Abdul Rahman Andak, Dato Seri Amar Diraja Johor (1850-1930) ialah pembesar Johor yang menentang kemasukan British ke Johor. Beliau dibesarkan di Teluk Belanga, Singapura. Abdul Rahman mendapat pendidikan di England. Beliau kembali ke Johor dan bertugas sebagai kerani di Jabatan Setiausaha Kerajaan pada tahun 1878. Kemudian, beliau menjadi penterjemah di jabatan yang sama sebelum dilantik sebagai Penolong Setiausaha Kerajaan pada tahun 1886. | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Tokoh |
TUN TEJA | Permaisuri Sultan Mahmud Syah, Sultan Melaka dan anak bendahara pahang Seri Buana, bergelar Seri Amar Bangsa Diraja Pahang. | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Tokoh |
SULAIMAN DAUD | SULAIMAN DAUD, Datuk Amar (1934 - ), ahli politik dan menteri. Dia lahir pada 5 Ogos 1934 di Kuching, Sarawak. Dia mendapat pendidikan awal di Sekolah St. Joseph, Kuching. Pada tahun 1962, Sulaiman memperoleh Ijazah B.D.S. (Pergigian) dari Otago University, Dunedin, New Zealand. Pada tahun 1965, dia memperoleh ijazah B.Sc. (Public Health) dari University of Toronto, Kanada. | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Tokoh |
NGAH MUHAMMAD YUSOF | NGAH MUHAMMAD YUSOF, Dato Seri Amar Diraja (1878 1940), Menteri Besar Terengganu (1924 1940) Dia lahir pada 14 Disember 1878 di Kampung Tualang Manir, Terengganu. Dia mendapat pendidikan awal di Makkah selama tiga tahun. Dia menuntut ilmu agama daripada ramai guru, termasuklah Haji Muhammad Abdullah, Mufti Terenggnu, Syed Abdul Rahman al-Idrus (Tuk Ku Paloh), dan Che Yunus, yang membimbingnya dalam bidang pentadbiran. | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Tokoh |
TAGORE, RABINDRANATH | Tagore, Rabindranath (18611941) ialah salah seorang penyair India moden terkemuka, dan pernah menerima Hadiah Nobel pada tahun 1913 bagi bidang kesusasteraan. Lagu yang diciptanya untuk Kongres Kebangsaan India telah menjadi lagu kebangsaan negara itu. Sebuah lagi lagu ciptaannya Amar Sonar Bangla (Benggalaku Emas) telah menjadi lagu kebangsaan negara Bangladesh. | UMUM | |
KENANG-KENANGAN SELANGOR | KENANG-KENANGAN Selangor, buku salasilah dan adat istiadat pemerintahan Kesultanan Selangor. Buku ini ditulis oleh Wan Mohd. Amin Wan Mohd. Said, Dato' Amar Diraja Penghulu Istiadat Selangor Darul Ehsan. Buku ini diterbitkan pada bulan Julai 1937 oleh The New Klang Press, Edisi kedua diterbitkan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka (1966)) dalam tulisan Rumi, dengan judul Pusaka Selangor dan disunting oleh Abdul Samad Ahmad. | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Karya |
ABU UBAIDAH AL-JARRAH | Abu Ubaidah al-Jarrah (40 SH-18 H), salah seorang sahabat Rasulullah SAW yang dijanjikan syurga. Nama sebenar beliau ialah Amar bin Abdullah bin al-Jarrah bin Hilal bin Uhib bin Dabbah bin al-Harith bin Fihr. | AGAMA | Tokoh |
PAKATAN BAHASA MELAYU PERSURATAN BUKU DIRAJA JOHOR | PAKATAN BAHASA MELAYU PERSURATAN BUKU DIRAJA JOHOR, badan persuratan yang pertama ditubuhkan di Semenanjung Tanah Melayu bertujuan untuk menggalakkan kegiatan persuratan Melayu. Nama asalnya ialah Pakatan Belajar-Mengajar Pengetahuan Bahasa (P.Bm.P.B.), dan ditubuhkan pada tahun 1888. Pengasasnya ialah Dato' Abdul Rahman bin Andak (Dato' Seri Amar Diraja Johor). Antara kegiatan utama P.Bm.P.B. ini ialah menganjurkan perbincangan dan penubuhan sebuah perpustakaan sebagai pusat sumber bahasa (Melayu dan Inggeris). | BAHASA | Bahasa |
SYAIR RAKIS | SYAIR RAKIS, puisi Melayu tradisional. Syair ini merupakan karya yang pertama dihasilkan dalam sejarah kesusasteraan Melayu Brunei. Syair Rakis ditulis oleh Pangeran Syahbandar Muhammad Salleh ibnu Pangeran Sharmayuda pada tahun 1845. Pangeran Muhammad Salleh ialah salah seorang keluarga diraja Brunei. Syair ini dipersembahkan kepada Sultan Abdul Mukmin (1852-1885) oleh Pangeran Muhammad Salleh sebagai saptadarma (ketika dia dalam buangan). Syair Rakis diterbitkan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka, Brunei pada tahun 1965 dengan Pehin Orang Kaya Amar Diraja Dato Seri Utama Awang Haji Mohd. Jamil al-Sufri bin Pehin Udana Khatib Dato Seri Paduka Awang Haji Umar sebagai penyusun. | SASTERA | Konsep |
|
Tesaurus |
---|
| Tiada maklumat tesaurus untuk kata amar |
|
|