Tajuk |
Sinopsis |
Bidang |
Klasifikasi |
TABUNG AMANAH | Tabung amanah ialah wang atau harta yang diurus oleh seseorang atau kumpulan bagi faedah orang lain atau kumpulan lain. Istilah lain untuk tabung amanah termasuk korpus , prinsipal, dan harta pesaka amanah . Pengaturan di bawah pengurusan tabung amanah dikenali sebagai amanah . | UMUM | |
AMANAH OUTWARD BOUND | Amanah Outward Bound mengendalikan sekumpulan sekolah di Britain yang direka bentuk untuk memperkukuh peribadi anak-anak muda melalui pengembaraan. Amanah ini juga membantu negara lain menubuhkan sekolahnya sendiri. Sekolah kepunyaan amanah ini memberi peluang kepada anak-anak muda daripada pelbagai latar belakang bertemu dan bekerja bersama-sama. | UMUM | |
SEKIM AMANAH SAHAM NASIONAL | SEKIM AMANAH SAHAM NASIONAL, skim saham amanah yang pertama yang ditubuhkan oleh Permodalan Nasional Berhad (PNB). Sekim Amanah Saham Nasional (Sekim ASN) ditubuhkan dengan tujuan menggembleng tabungan kaum bumiputera termasuk golongan di luar bandar serta memupuk tabiat menabung di kalangan mereka. Sekim ASN dilancarkan secara rasmi pada 20 April 1981 oleh Tun Hussein Onn, Perdana Menteri Malaysia. Skim ini mempunyai ciri-ciri yang unik dan telah membawa pulangan yang baik dan stabil dalam bentuk dividen dan bonus kepada para pelabur sejak penubuhannya. Skim ini adalah wahana utama kerajaan bagi meningkatkan pemilikan ekuiti bumiputera dalam sektor korporat dan membantu membasmi kemiskinan di kalangan mereka selaras dengan matlamat Dasar Ekonomi Baru (DEB). | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Konsep |
AMANAH SAHAM | Amanah saham ialah syarikat pelaburan atau gabungan firma yang mengumpul wang para pelabur dan menggunakan wang itu untuk membeli saham atau sebarang jenis sekuriti lain. Sebagai ganti kepada wang, para pelabur menerima saham. Saham daripada syarikat ini dikenali sebagai saham amanah. | UMUM | |
SKIM AMANAH SAHAM BUMIPUTERA | SKIM AMANAH SAHAM BUMIPUTERA, skim saham amanah untuk kaum bumiputera dengan harga tetap RM1 seunit yang ditubuhkan oleh Permodalan Nasional Berhad (PNB). Skim Amanah Saham Bumiputera (Skim ASB) ditubuhkan pada tahun 1990 setelah Sekim Amanah Saham Nasional (Skim ASN) diurus niaga mulai 1 Januari 1991. Skim ASB tidak menggantikan Skim ASN, tetapi ia adalah skim tambahan dengan ciri dan struktur yang sama seperti ASN dengan pelaburan maksimum sebanyak RM100 000. Penubuhan Skim ASB membolehkan kaum bumiputera terus bergiat dalam pelaburan saham amanah dengan risiko paling minimum di samping terus melabur dalam Skim ASN. Skim ASB merupakan skim saham amanah yang terbesar di Malaysia dengan pemegang saham berjumlah 4.52 juta orang dan pelaburan berjumlah RM25 bilion pada 31 Disember 1996. | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Konsep |
PEMEGANG AMANAH AWAM | | UMUM | |
SAHAM AMANAH | Alat kewangan | EKONOMI DAN PENGURUSAN | Alat/Alatan |
AMANAH NASIONAL | Amanah Nasional ialah organisasi-organisasi yang dibentuk untuk melindungi dan memelihara bangunan, landskap, monumen, dan artikel-artikel yang dianggap mempunyai keistimewaan seni, saintifik, atau nilai sejarah. | UMUM | |
SKIM AMANAH SAHAM NASIONAL | SKIM AMANAH SAHAM NASIONAL, skim saham amanah yang pertama yang ditubuhkan oleh Permodalan Nasional Berhad (PNB). Skim Amanah Saham Nasional (Skim ASN) ditubuhkan dengan tujuan menggembleng tabungan kaum bumiputera termasuk golongan di luar bandar serta memupuk tabiat menabung di kalangan mereka. Skim ASN dilancarkan secara rasmi pada 20 April 1981 oleh Tun Hussein Onn, Perdana Menteri Malaysia. Skim ini mempunyai ciri-ciri yang unik dan telah membawa pulangan yang baik dan stabil dalam bentuk dividen dan bonus kepada para pelabur sejak penubuhannya. Skim ini adalah wahana utama kerajaan bagi meningkatkan pemilikan ekuiti bumiputera dalam sektor korporat dan membantu membasmi kemiskinan di kalangan mereka selaras dengan matlamat Dasar Ekonomi Baru (DEB). | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Sistem |
SKIM AMANAH SAHAM WAWASAN 2020 | SKIM AMANAH SAHAM WAWASAN 2020, skim saham amanah yang ditubuhkan oleh Permodalan Nasional Berhad (PNB) untuk golongan yang berumur antara 12 tahun hingga 29 tahun. Skim Amanah Saham wawasan 2020 (ASW 2020) terbuka kepada semua kaum dengan tujuan untuk mengukuhkan perpaduan nasional dan mendorong pembinaan bangsa Malaysia. ASW 2020 dilancarkan secara rasmi pada 28 Ogos 1996 oleh Dato Seri Mahathir Mohamad, Perdana Menteri Malaysia, selaku Pengerusi Yayasan Pelaburan Bumiputera. | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Konsep |