Mahkamah Keadilan Antarabangsa lazimnya dikenali sebagai Mahkamah Dunia, merupakan agensi kehakiman yang tertinggi dalam Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu. Mahkamah ini menyediakan saluran untuk menyelesaikan secara aman masalah persengketaan undang-undang pada peringkat antarabangsa. Ia hanya menyelesaikan kes yang dikemukakan oleh sesebuah negara atau organisasi antarabangsa. Keputusannya berdasarkan prinsip undang-undang antarabangsa dan tidak boleh dibuat rayuan. Mahkamah ini mendengar beberapa kes sahaja. Tetapi banyak perbalahan antara kerajaan diselesaikan melalui tribunal antarabangsa yang lain dan dalam tribunal kebangsaan berasaskan undang-undang antarabangsa. |