Dewan Bahasa & Pustaka Display virtual keyboard interface  Carian Spesifik
 

Juga ditemui dalam : Kamus dan Istilah ; Artikel ; Buku ; Khidmat Nasihat ; Peribahasa ; Direktori Karyawan ; Novel ;
Maklumat Tambahan Dalam :Korpus ; e-Tesis ;e-Jurnal ;

 
Ensiklopedia
Tajuk Sinopsis Bidang Klasifikasi
SURAH AL-RUM

Surah al-Rum ialah salah satu daripada surah

Makkiyyah, surah ke-30 mengikut susunan surah-surah

al-Quran dan mengandungi 60 ayat. Surah

ini bernama al-Rum sebagai satu mukjizat untuk

menunjukkan kebenaran berita dalam al-Quran.

Firman Allah S.W.T. dalam al-Quran yang

bermaksud:

Alif, Lam, Mim. Orang-orang Rom telah

dikalahkan. Di negeri yang dekat sekali dan mereka

sesudah kekalahannya itu akan mengalahkan

lawannya. Dalam masa tidak sampai sepuluh tahun

....

(Surah al-Rum 30:14)

UMUM
AHMAD KOTOT

AHMAD KOTOT (1894-1993), penulis. Dia lahir pada 10 Jun 1894 di Kampung Locok, Mukim Tanjung Besar, Kuala Lipis, Pahang. Nama sebenarnya ialah Ahmad bin Kotot dan pernah menggunakan nama pena A.N.P Damha, ABKA Pahang, Alif Ba Ta, Ahmad Batu Talam, Anak Negeri Pahang, Intan Dikarang Di Negeri Pahang dan Malim Kerimun.

SASTERAKonsep
DAFTAR EJAAN RUMI-JAWI

DAFTAR EJAAN RUMI-JAWI, buku daftar ejaan setebal 198 halaman, yang diterbitkan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka pada tahun 1988 yang memuatkan perkataan umum dan istilah bahasa Melayu dalam ejaan Rumi dengan padanan ejaan Jawi. Daftar ini bertujuan memenuhi kekurangan sumber rujukan dalam menyelesaikan beberapa masalah ketidakseragaman ejaan Jawi.

            Sistem ejaan Jawi yang berunsurkan sistem ejaan bahasa Arab yang menekankan huruf saksi (vokal): alif (), wau (), dan ya () telah mengalami perkembangan yang banyak. Antara sistem ejaan Jawi yang terkenal yang menjadi pedoman/panduan masyarakat ialah Sistem Ejaan P.Bm.P.B. Diraja, Sistem Ejaan Zaba, Sistem Ejaan Jawi yang Disempurnakan, dan Sistem Ejaan Dian.

 

BAHASAKarya
1
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata alif