Tajuk |
Sinopsis |
Bidang |
Klasifikasi |
ALAS KAKI | ALAS KAKI, pakaian kaki seperti selipar, sepatu, kasut kayu, kasut rumput (selipar daripada anyaman rumput), capal, terompah, sandal dan lain-lain. | BUDAYA | Konsep |
KASUT KAYU | Kasut kayu, atau clog ialah sejenis alas kaki yang kebanyakannya dipakai oleh orang yang tinggal di kawasan rendah dan lembap di Belanda. Kasut ini dikenali sebagai klompen oleh orang Belanda. | UMUM | |
KAPAS | Kapas ialah serat tumbuhan yang paling meluas digunakan. Serat kapas ditenun menjadi fabrik yang lembut, kuat, mudah menyerap untuk membuat pakaian, cadar, permaidani, alas meja, dan benda-benda lain. | UMUM | |
TIKAR | TIKAR, sejenis anyaman yang boleh digunakan sebagai alas duduk dalam masyarakat Melayu. Tikar luas penggunaannya dalam kehidupan masyarakat lama Melayu. Betapapun bersihnya lantai atau telah sedia ada alas di lantai, namun bagi memenuhi adat resam, apabila sesuatu ruang atau tempat hendak digunakan sebagai tempat duduk, lazimnya akan dibentangkan tikar terlebih dahulu. Maka itu umumnya rumah orang Melayu mempunyai tempat khas menyimpan tikar yang digulung dengan kemas. Tikar yang baik mutunya akan dibalut dengan kain apabila menyimpannya. | BUDAYA | Alat/Alatan |
SANTA ANA | Santa Ana (pend. 135 186) ialah bandar kedua terbesar di El Salvador. Bandar ini merupakan pusat perdagangan yang penting, terutamanya untuk pengeksportan kopi. Kegiatan perindustrian lain yang penting di Santa Ana termasuk pembuatan gula, pembuatan bir, dan pembuatan tekstil kapas, alas kaki dan perabot. Santa Ana juga mempunyai sebuah teater kebangsaan dan sebuah sekolah kesenian. Untuk lokasi, lihat El Salvador (peta politik). | UMUM | |
PELANA | PELANA, lapik atau alas tempat duduk di atas belakang binatang tunggangan seperti kuda, keldai, sapi, kerbau dan unta. Pelana digunakan untuk keselesaan penunggang. | BUDAYA | Alat/Alatan |
LOMBOK | LOMBOK, pulau dan salah satu daripada enam kabupaten di Propinsi Nusa Tenggara Barat. Lombok terpisah dari Bali di sebelah baratnya oleh Selat Lombok dan Sumbawa di sebelah timurnya oleh Selat Alas. Bahagian barat pulau ini banyak dipengaruhi budaya orang Bali. Bahagian timur pulau ini pula merupakan tanah air orang asli Sasak, yang mempunyai budaya dan bahasa yang berbeza daripada orang Bali. Salah satu perbezaan utama ialah orang asli Sasak beragama Islam, manakala orang Bali beragama Hindu. | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Bandar/Negeri/Negara/Tempat |
TEROMPAH | TEROMPAH, alas kaki bertapak kayu atau kasut kayu dengan permukaannya diperbuat daripada kepingan getah (strap) yang dipaku di kedua-dua sipi tapaknya. Terompah kayu biasanya berwarna merah dan permukaannya juga daripada plastik berwarna merah atau berwarna-warni. Ada juga terompah kayu berwarna asli dan permukaannya diperbuat daripada getah tiub berwarna hitam. | BUDAYA | Alat/Alatan |
SUMBAWA | SUMBAWA, pulau terbesar di lingkungan Propinsi Nusa Tenggara Barat, kawasan timur Indonesia. Pulau ini berbatasan dengan Selat Sape dan Selat Sunda si sebelah timur dan tenggara; Laut Hindi di sebelah selatan; dan Selat Alas di sebelah barat. Pulau-pulau lain di sekitarnya ialah Pulau Panjang, Pulau Moyo, Pulau Medang dan Pulau Banta. Gunung yang tertinggi ialah gunung berapi Tambora (2.821 m), yang terletak di bahagian barat kabupaten Bima. Sungai-sungai besar di pulau ini antara lain termasuklah Brang Beh, Brang Moyo, Nae di Dompu, dan Bela di Bima. | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Bandar/Negeri/Negara/Tempat |
PAJANG | PAJANG, kerajaan tua di pedalaman Jawa Tengah, Indonesia. Pajang terletak di antara Solo dan Kartosuro, lebih kurang 5 km dari pusat kota Surakarta sekarang. Di Pajang ditemui ribuan serpihan artifak tembikar buatan China dan Asia Tenggara. Artifak ini adalah peninggalan abad ke-13 hingga abad ke-17. Pada taun 1940, ketika dilakukan panggalian pada tempat tersebut, ditemui sebuah fondamen yang diperbuat daripada batu-bata yang besar ukurannya, dan batu-bata yang disusun tanpa perekat kapur ataupun simen. Selain itu ditemui sebuah batu berbentuk kubus (kiub) tanpa hiasan, yang disebut yoni. Penduduk tempatan menganggap batu tersebut sebagai alas sebuah tiang pendapa. | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Bandar/Negeri/Negara/Tempat |
|
Tesaurus |
---|
| Tiada maklumat tesaurus untuk kata alas |
|
|