Sedatif ialah ubat yang mengurangkan aktiviti sistem saraf pusat. Sedatif dipreskripsikan terutamanya untuk mengurangkan keresahan atau untuk melahirkan rasa mengantuk. Kesan sedatif bergantung pada dos. Apabila diambil sedikit, dadah ini menenangkan seseorang. Dos yang lebih sedikit akan menyebabkan rasa mengantuk. Apabila digunakan untuk menimbulkan rasa mengantuk, dadah ini umumnya dikenali sebagai hipnotik. |