Tajuk |
Sinopsis |
Bidang |
Klasifikasi |
TULISAN | sistem lambang dalam bentuk huruf, aksara atau gambar yang digunakan untuk mencatatkan atau merekodkan bahasa pertuturan. | BAHASA | Konsep |
RAWLINSON, SIR HENRY | Rawlinson, Sir Henry (18101895) ialah diplomat British dan pakar Assyria purba. Dia berjaya menafsir aksara kuneiform yang bertulis pada zaman Darius Hystaspes, raja Parsi, sekitar tahun 500-an S.M. | UMUM | |
KOD MORSE | Kod Morse ialah sistem penghantaran mesej yang menggunakan bunyi yang pendek dan panjang yang dikombinasikan dengan beberapa cara untuk melambangkan huruf, angka dan aksara yang lain. | UMUM | |
RUNE | Rune adalah mana-mana satu daripada aksara dalam abjad bertulis yang terawal yang digunakan oleh orang Jermanik di Eropah. Tulisan rune yang tertua wujud sejak tahun 200- an M. | UMUM | Umum |
KAMUS JAWI-MELAYU-INGGERIS | KAMUS JAWI-MELAYU-INGGERIS, kamus yang disusun dan dihasilkan oleh R.J. Wilkinson, pegawai pentadbir British di Lumut, Perak pada tahun 1903. Judul asal kamus ini ialah A Classic Jawi-Malay-English Dictionary dan diterbitkan semula oleh Penerbit Baharudinjoha, Alai, Melaka pada tahun 1985 dengan judul Manuskrip Klasik Kamus Jawi-Melayu-Inggeris. Kamus Jawi-Melayu-Inggeris setebal 785 halaman ini menggunakan dua bahasa, iaitu bahasa Melayu dan bahasa Inggeris dalam aksara Jawi dan Rumi. Pada tahun 1932, edisi kedua kamus ini diterbitkan dengan judul A Malay-English Dictionary tanpa tulisan Jawi. | BAHASA | Penerbitan |
|
Tesaurus |
---|
| Tiada maklumat tesaurus untuk kata aksara |
|
|