Perjanjian Sèvres. Pada akhir Perang Dunia I (19141918), Empayar Uthmaniyyah Turki dan Pihak Berikat menandatangani Perjanjian Sèvres di Sèvres, Perancis. Perjanjian tersebut telah ditandatangani pada 10 Ogos 1920 dan menandakan titik kelemahan kuasa dan sejarah Turki. Perjanjian tersebut menyatakan bahawa Syria , Palestin dan Mesopotamia (kini Iraq) akan diiktiraf sebagai negara yang merdeka dengan kuasa mandatori sebagai penasihat. |