Agama Kristian ialah agama yang berdasarkan kehidupan dan ajaran Jesus. Kebanyakan pengikut agama Kristian ialah ahli-ahli salah satu daripada tiga kumpulan utama Roman Katolik, Protestan dan Ortodoks Timur. Kumpulan-kumpulan ini mempunyai kepercayaan yang berbeza tentang Jesus dan ajarannya, tetapi semua penganut Kristian menganggap Jesus sebagai asas agama mereka. Kebanyakan penganut Kristian percaya bahawa tuhan diturunkan ke dunia sebagai Penyelamat. Agama Kristian mengajar bahawa manusia boleh diselamatkan melalui Jesus. |