Demam campak ialah sejenis penyakit yang mengakibatkan ruam di seluruh tubuh. Penyakit ini ialah satu penyakit yang sangat mudah berjangkit (boleh berjangkit melalui sentuhan). Lazimnya penyakit ini berlaku pada kanak-kanak tetapi orang dewasa juga boleh dijangkiti. Di negara maju hanya segelintir yang dijangkiti penyakit itu menemui ajal. Walau bagaimanapun, penyakit ini boleh menyebabkan kematian kepada ramai kanak-kanak yang kekurangan zat makanan di negara membangun. Nama perubatan untuk penyakit campak ialah rubeola. Campak Jerman, yang dikenali sebagai rubella sebenarnya ialah sejenis penyakit yang berlainan, tetapi mempunyai tanda-tanda awal yang serupa. |