Perang Granada berlaku pada tahun 897 H./ 1492 M. antara orang Islam di bawah pimpinan Bani Ahmar dengan orang Kristian Andalus. Peperangan ini disebabkan kemunculan kerajaan- kerajaan kecil Islam di kalangan bangsa Arab yang dikenali sebagai kerajaan-kerajaan kecil zaman al- Tawaif , selepas kejatuhan kerajaan Bani Umaiyyah di Andalus. Salah satu daripada kerajaan itu ialah kerajaan kecil Granada yang merdeka pada tahun 630 H./1232 M. dan dipimpin oleh Bani Ahmar. Perpecahan ini menyebabkan kelemahan orang Islam di Andalus. Orang Kristian telah mengambil kesempatan di atas kelemahan orang Islam dengan mengukuhkan wilayah-wilayah mereka di utara bagi menghadapi kerajaan-kerajaan Islam Arab ini yang kebetulan sedang berselisih untuk berebut kuasa. Selepas itu, satu demi satu kerajaan Islam jatuh ke tangan orang Kristian kecuali kerajaan Granada . Hanya kerajaan ini yang tinggal untuk orang Islam Andalus. |