Tajuk |
Sinopsis |
Bidang |
Klasifikasi |
ULAMA KELANTAN | ULAMA KELANTAN, golongan ahli agama yang terdapat di negeri Kelantan. Antara tahun 1800 hingga tahun 1940-an, golongan ulama lahir dengan banyaknya di Kelantan. Kelantan telah muncul sebagai sebuah negeri yang menjadi pusat pengajian Islam yang utama di Semenanjung Tanah Melayu dan ia dikenal sebagai Serambi Makkah. Bersama-sama dengan kelahiran ulama ini muncullah sistem pendidikan persekolahan pondok di negeri tersebut. Sistem pendidikan tradisi ini wujud di Kelantan akibat pengaruh daripada sistem pengajian berbentuk halakah di Masjidilharam, Makkah dan di Masjid al-Nabawi, Madinah. Sistem persekolahan jenis pondok ini juga terdapat di Patani dan Indonesia. | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Institusi/Organisasi |
ULAMA PULAU PINANG | ULAMA PULAU PINANG, golongan ahli agama yang terdapat di Pulau Pinang. Sebelum ketibaan Francis Light, terdapat sebuah perkampungan Melayu di Batu Uban yang diketuai oleh Nakhoda Haji Muhammad Salleh (Nakhoda Intan), seorang ulama yang berasal dari Minangkabau, Sumatera. Tetapi, para ulama yang lebih masyhur di pulau itu telah muncul di sekitar bandar Georgetown dan daerah Seberang Pantai. | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Institusi/Organisasi |
HUSSAIN CHE' DOL | HUSSAIN CHE DOL (1904-1967), ahli agama dan politik. Dia lahir pada tahun 1904 di Kampung Gajah Mati, Pendang, Kedah. Dia menerima pendidikan agama di pondok ayahnya dan di Pondok Tuan Guru Haji Abdullah Chauk, Patani sebelum belajar di Makkah, tetapi terpaksa pulang ke tanah air kerana masalah kesihatan. | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Tokoh |
AGAMA KRISTIAN | Agama Kristian ialah agama yang berdasarkan kehidupan dan ajaran Jesus. Kebanyakan pengikut agama Kristian ialah ahli-ahli salah satu daripada tiga kumpulan utama Roman Katolik, Protestan dan Ortodoks Timur. Kumpulan-kumpulan ini mempunyai kepercayaan yang berbeza tentang Jesus dan ajarannya, tetapi semua penganut Kristian menganggap Jesus sebagai asas agama mereka. Kebanyakan penganut Kristian percaya bahawa tuhan diturunkan ke dunia sebagai Penyelamat. Agama Kristian mengajar bahawa manusia boleh diselamatkan melalui Jesus. | UMUM | |
AHLI SAINS KRISTIAN | Ahli Sains Kristian ialah ahli-ahli pergerakan agama yang menekankan penyembuhan rohaniah. Mary Baker Eddy, wanita Amerika, mengasaskan pergerakan Sains Kristian pada tahun 1800-an. Agama ini berpunca daripada agama Kristian Protestan. | UMUM | |
PEHIN JAMIL, PEHIN JAWATAN DALAM SERI MAHARAJA DATO' SERI UTAMA | PEHIN JAMIL, Pehin Jawatan Dalam Seri Maharaja Dato' Seri Utama (1921- ), pendidik, budayawan, sejarawan, sasterawan dan ahli agama Brunei Darussalam. Dia lahir pada 10 Disember 1921 di Kampung Sungai Kedayan, Bandar Seri Begawan. Nama penuhnya ialah Haji Awang Mohd. Jamil AI-Sufri bin Haji Awang Umar. | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Jawatan/Gelaran |
HAJI YAHAYA JUNID | HAJI YAHAYA JUNID (1911 - ), ahli agama dan politik. Dia lahir pada tahun 1911 di Selengkoh, Mukim Sungai Daun, Yan, Kedah. Dia mendapat pendidikan awal di Sekolah Melayu Titi Gajah, Kepala Batas, Alor Setar, pelajaran agama di Sekolah Pondok Tandop, Pengkalan Kundur, Alor Setar, di Pondok Titi Gajah, Kepala Batas, Alor Setar dan di Pondok Pokok Sena, Kepala Batas, Seberang Perai. Dia seterusnya belajar di Masjid Muhammadi, Kota Bharu, Kelantan dan di Makkah untuk terus mendalami pelajaran agamanya. Di Makkah dia belajar di Masjidil Haram daripada ulama terkenal antaranya Syekh Yasin Isa al-Fadani (Padang, Sumatera), Ibrahim al-Khumati Madani (Orang Rusia), Hassan Said Yamani, dan Syed Amin al-Khutubi. | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Tokoh |
AMANITES | Amanites ialah ahli kumpulan agama yang dikenali sebagai Persatuan Gereja Amana. Perkataan Amana berasal daripada Song of Solomon 4:8. Ia ialah nama sebuah gunung dan bermakna benar atau tetap . | UMUM | |
KONGREGASIONALIS | Kongregasionalis ialah ahli kumpulan agama Protestan. Mereka percaya bahawa semua orang Kristian mempunyai hubungan langsung dengan Tuhan melalui Jesus Christ, dan oleh itu, mereka adalah setara. | UMUM | |
AHLI ZIMMAH | Ahli zimmah ialah orang bukan Islam yang tetap berpegang dengan agama mereka tetapi tinggal di dalam negara orang Islam berdasarkan perjanjian taat setia yang diadakan antara mereka dengan pemerintah Islam atau timbalannya. | UMUM | |
|
Tesaurus |
---|
| Tiada maklumat tesaurus untuk kata ahli agama |
|
|