Tajuk |
Sinopsis |
Bidang |
Klasifikasi |
AGAR-AGAR | Agar-agar ialah bahan seperti gelatin yang diperoleh daripada rumpai laut seperti lumut Ceylon. Agar-agar digunakan sebagai kultur (asas) tempat bakteria berkembang untuk kerja saintifik. Tukang masak Timur menggunakan agar-agar sebagai makanan. Agar-agar ini juga digunakan dalam perubatan. Agar-agar rumpai laut adalah daripada jenis alga merah. Alga ini terdapat di Asia tropika dan di sepanjang pantai Lautan Pasifik di Amerika Syarikat. | UMUM | |
NAPALM | Napalm ialah serbuk yang digunakan untuk memekatkan petrol yang digunakan dalam peperangan. Apabila Napalm dicampurkan dengan petrol, petrol menjadi seperti agar-agar. Hasil daripada pemekatan petrol ini juga biasanya dirujuk sebagai napalm. | UMUM | |
DATO' SERI AGAR DIRAJA | DATO SERI AGAR DIRAJA, salah satu gelaran Orang Besar dalam kerajaan Melayu. Gelaran ini pernah disandang oleh Tun Mahmud yang menjadi pemerintah Selangor pada masa Kesultanan Melaka. Dalam huraian tentang Dato Seri Agar Diraja ini, rujukan khusus kepada negeri Perak. Dalam Kesultanan Perak, Dato Seri Agar Diraja ialah gelaran bagi Orang Besar Delapan. Penyandang gelaran ini lebih dikenal dengan panggilan Dato Sagor. Isterinya digelar Tuk Puan, manakala pembantunya dikenal dengan gelaran Paduka Raja. Pada tahun 1860-an, gelaran Dato Seri Agar Diraja disandang oleh Ngah Kamdin. Dia diberi kuasa oleh Sultan Perak menguruskan pentadbiran di kawasan tebing Sungai Perak, iaitu di antara Kampung Gajah dengan Pulau Tiga. | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Jawatan/Gelaran |
LENGKONG | LENGKONG, makanan yang mirip kepada agar-agar yang dicampur ke dalam minuman manis seperti sirap. Lengkong yang dikenal juga dengan nama cincau, dipercayai makanan masyarakat keturunan Cina. Pada masa ini, makanan ini popular di kalangan semua bangsa di Malaysia. | BUDAYA | Makanan |
NABI SALIH A.S. | Nabi Salih a.s. diutuskan kepada kaum Thamud. Nabi Salih a.s. menyeru kaum Thamud agar menyahut seruan baginda iaitu menyembah Allah Tuhan Yang Maha Esa. Baginda mengajak kaum baginda agar sentiasa mengingati kebesaran Allah SWT, tanpa mengharapkan sebarang ganjaran. Namun kaum Thamud menolak mentah-mentah seruan Nabi Salih a.s. dan menuduh baginda sebagai ahli sihir. | UMUM | |
PELAKSANAAN SPESIFIK | Salah satu remedi bagi perlanggaran kontrak yang bertujuan mendesak agar kewajipan sesuatu kontrak dipenuhi. | UNDANG-UNDANG | Konsep |
TAHALUL | Perbuatan membebaskan diri daripada segala perbuatan yang dilarang semasa dalam ihram, agar kembali mejdai halal. | AGAMA | Konsep |
PERJANJIAN BERWICK | Perjanjian Berwick (1639), mengakhiri cubaan oleh Raja Charles I dari England untuk menggesa Scotland agar menerima English Prayer Book dan cara sembahyang Inggeris. | UMUM | |
PLIQUE-Á-JOUR | Plique-á-jour merupakan sejenis enamel yang halus buatannya. Enamel akan disapu pada bukaan objek untuk disadurkan agar ia kelihatan seperti tingkap kaca berwarna yang kecil. | UMUM | |
NABI SYUIB A.S. | Nabi Syuib a.s. ialah salah seorang daripada kalangan nabi yang diutuskan oleh Allah SWT kepada penduduk Madyan. Baginda telah berusaha sedaya upaya menyeru mereka mengesakan Allah SWT, menasihati mereka agar meninggalkan penipuan dan helah jahat dan mendorong mereka agar berlaku adil dan saksama serta berkelakuan baik. | UMUM | |
|
Tesaurus |
---|
| Tiada maklumat tesaurus untuk kata agar |
|
Puisi |
---|
|
Kalau nak pakai kain pelikat, Ikatlah molek dipandang cantik; Carilah cara untuk memikat, Agar dapat bunga dipetik.
Lihat selanjutnya... |
Peribahasa |
---|
| 320 If you lie down with dogs, you'll get up with fleas Jika membabitkan diri dengan orang jahat atau aktiviti gelap, lama-kelamaan kita juga akan terbabit sama. Bagaimana pohon tidak akan tumbang dipanah halilintar, baluhan kulit ada di batangnya I advise you to stay away from those people and their illegal affairs because if you lie down with dogs, you'll get up with fleas. Sooner or later, I bet that you will acquire their undesireable qualities. Aku menasihati kau agar jauhkan diri daripada orang itu dan kegiatan haram mereka kerana bagaimana pohon tidak akan tumbang dipanah halilintar, baluhan kulit ada di batangnya. Aku pasti lama-kelamaan, sifat mereka yang tidak diingini akan menjangkiti k Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu
Lihat selanjutnya... |
|