Mabuk gerak ialah keadaan rasa loya yang amat sangat, yang disebabkan oleh perjalanan. Pesakit menjadi pucat dan berpeluh. Pesakit boleh muntah sekiranya perjalanan berterusan. Kebayakan orang yang terjejas akibat mabuk gerak juga mengalami sendawa, sakit kepala, bersikap acuh tak acuh dan mengantuk. |