Tajuk |
Sinopsis |
Bidang |
Klasifikasi |
ABU ABDULLAH | Abu Abdullah ( ? 1533?), dalam bahasa Inggeris dikenali sebagai Boabdil ialah Raja Moor yang terakhir di Granada yang kini sebuah wilayah di selatan Sepanyol. Nama Arabnya ialah Abu Abdullah. Abu Abdullah juga digelar sebagai si kerdil dan memerintah dengan gelaran Muhammad XI. Pada tahun 1482, baginda merampas takhta daripada ayahnya. Baginda seorang raja yang zalim dan tidak adil. Pada tahun 1492, tentera Ferdinand dan Isabella, pemerintah Castile dan Aragon, menyerang Granada dan mengalahkan Abu Abdullah. Semasa Abu Abdullah meninggalkan kerajaannya yang telah hilang itu, baginda menoleh untuk melihat kerajaannya kali yang terakhir. Tempat baginda berhenti untuk menoleh itu masih ditunjukkan kepada pelancong sebagai keluhan terakhir Raja Moor. Abu Abdullah pergi ke Afrika dan di sana baginda dikatakan mangkat dalam pertempuran. | UMUM | |
SHIRAZIY, ABU ISHAQ AL- | Shiraziy, Abu Ishaq al- (393476 H. / 10031084M.), ahli fiqh, sejarawan dan juga sasterawan. Nama penuhnya ialah Ibrahim ibn Ali ibn Yusuf al- Shiraziy al-Shafiiyy Abu Ishaq. Dia lahir di Fayruz Abad dan menghabiskan zaman kanak-kanaknya di sana. Kemudian dia berhijrah ke Shiraz dan Basrah serta Baghdad. Dia berguru daripada ulama-ulama terkenal di sana seperti Abu Abdullah al-Baydawiy, Abu Hatim al-Qazwiniy, al-Zujjaj, Abu Bakr al-Barqaniy dan Abu al-Tayyib al-Tabariy. Walau bagaimanapun berlaku sedikit perselisihan antaranya dengan al-Tabariy dalam pengajiannya. Ramai tokoh yang berguru padanya. Antaranya ialah Abu Abdullah al-Hamidiy, Abu al-Qasim al- Samarqandiy dan Abu al-Hasan ibn Abd al-Salam dan ramai lagi. Al-Shiraziy sendiri pernah berkata: Semasa saya pergi ke Khurasan, di sana saya tidak temui walau seorang kadi, mufti mahupun khatib melainkan semuanya terdiri daripada murid-murid dan sahabat saya. Al-Shiraziy mengarang beberapa buah buku yang menjadi bahan rujukan dalam mazhab Syafii. Antaranya seperti al-Tabsirat fi Usul al-Fiqh, al-Lam fi Usul al-Fiqh al- Nakt fi al- Khilaf wa al-Tanbih al-Muhadhdhib Tabaqat al- Fuqaha. Al-Shiraziy meninggal dunia di Baghdad. | UMUM | |
ABU | Abu ialah bahan yang tinggal selepas sesuatu bahan organik terbakar. Perkataan abu biasanya merujuk kepada mineral yang diperoleh daripada batu arang, kayu, atau bahan bakar lain yang terbakar. Analisis abu makanan atau bahan terbakar yang lain boleh menentukan mineral yang terkandung di dalamnya. Misalnya, ujian kimia abu susu yang terbakar menunjukkan bahawa ia mengandungi kalsium. Abu rumpai laut mempunyai kandungan iodin yang tinggi. Abu terbang , iaitu debu yang dikeluarkan oleh loji kuasa yang membakar batu arang, biasanya digunakan sebagai baja tanah. | UMUM | |
ABU ZAKI FADZIL | ABU ZAKI FADZIL (1926- ), penulis dan pendakwah. Dia lahir pada 11 November 1926 di Jejawi, Perlis. Nama sebenarnya ialah Abu Bakar bin Haji Muhammad Fadzil. Selain nama pena Abu Zaki Fadzil, dia juga menggunakan nama Badruzzaman, Dali, Ibnu Ariffin, Pak Abu dan Ramuna. | SASTERA | Konsep |
ABU AL-HASSAN, AL-ASHARIY | Abu al-Hassan, al-Ashariy (260 H.324 H./ 873 M.936 M.) ialah ahli ilmu kalam. Nama penuhnya ialah Abu al-Hassan Ali ibn Ismail ibn Ishaq ibn Salim ibn Ismail ibn Abdullah ibn Musa ibn Bilal ibn Abu Musa ibn Bilal ibn Abu Burdah ibn Abu Musa al-Ashariy. Dia berasal daripada keturunan seorang sahabat yang terkenal, iaitu Abu Musa al-Ashariy. Menurut satu pendapat, dia dinasabkan kepada al-Ashariy kerana berketurunan al-Ashariy ibn Udad. Tetapi menurut pendapat lain, dia bergelar al-Ashariy kerana mempunyai rambut yang lebat ketika lahir. | UMUM | |
ABU AL-FARAJ, AL-ASFAHANIY, | Abu al-Faraj, al-Asfahaniy (284 H.356 H./ 897 M. 966 M.), tokoh sastera yang terkenal pada abad ketiga Hijrah dan berasal daripada keluarga Umawiyyah. Nama penuhnya ialah Abu al-Faraj Aliy ibn al-Husayn ibn Muhammad ibn Ahmad al- Asfahaniy. Dia lahir di Isfahan dan kemudian berpindah ke Baghdad untuk menetap di sana. Di Baghdad, Abu al-Faraj berguru dengan para alim ulama dalam bidang bahasa dan periwayatan seperti Abu Bakar ibn Darid, Abu Bakar ibn al- Anbariy, al-Fadl ibn al-Hibab al-Jumhiy, Ali ibn Sulayman al-Akhfashiy, Naftawayh, Muhammad ibn Jarir al-Tabariy, Ahmad ibn Jafar, Jahzah dan beberapa orang perawi lagi. Abu al-Faraj mempunyai pelbagai ilmu pengetahuan termasuk syair, lagu, cerita-cerita rakyat, hadith sahih, ilmu keturunan, bahasa, nahu, ilmu tentang amalan khurafat, ilmu peperangan dan sejarah. Dia juga menguasai ilmu yang berkaitan dengan deria dan cara perubatannya, ilmu kedoktoran, astronomi dan farmasi. Oleh sebab kemampuannya menguasai pelbagai bidang ilmu ini, dia layak digelar sebagai seorang pakar, fasilitator, ahli sejarah dan hafiz. | UMUM | |
ABU ZAYD AL-ANSARIY | Abu Zayd al-Ansariy ( ?251 H./ ? 830 M.), pakar ilmu nahu dan pengarang buku-buku sastera dan bahasa. Nama penuhnya ialah Said ibn Aws ibn Thabit al-Ansariy. Dia ialah imam yang terkenal. Dia mampu menguasai ilmu bahasa dan ilmu-ilmu yang sukar dikuasai oleh orang lain. Dia berguru dengan Abu Amru ibn al-Ala, Ruyah ibn al-Ajaj, Amru ibn Abid, Abu Hatim al-Sajistaniy, Abu Ubayd al-Qasim ibn Salam, Umar ibn Shubbah dan sekumpulan tokoh lain. Abu al-Abbas pernah berkata, Abu Zayd seorang yang berkebolehan dalam ilmu nahu tetapi masih tidak mampu menyaingi al-Khalil dan Sibawayh. Sekalipun Yunus menyamainya dalam penguasaan ilmu bahasa, namun Yunus lebih mengatasinya dalam ilmu nahu. Abu Zayd ialah orang ketiga dalam penguasaan ilmu nahu. | UMUM | |
SHATIBIY, ABU ISHAQ AL- | Shatibiy, Abu Ishaq al- ( ? 790 H./? 1388 M.), ulama usul dan hafiz dari kalangan imam mazhab Maliki. Nama sebenarnya ialah Abu Ishaq ibn Ibrahim ibn Musa ibn Muhammad al-Lakhamiy al-Gharnatiy al-Shatibiy. Ramai ulama yang belajar dengannya seperti Al-Fakhar al-Albiriy, Abu Abdullah al-Balnasiy, Abu Abdullah al-Sharif al- Tilmasaniy, Abu Bakr ibn Asim dan Abdullah al-Bayyatiy. | UMUM | |
ABU BAKAR AL-BAQIR | BU BAKAR AL-BAQIR (1907-1973), ulama, ahli politik dan pendidik. Dia lahir di Gunung Semanggol, Perak. Pendidikan awalnya bermula di Sekolah Melayu Gunung Semanggol dan Sekolah Pondok al-Rahmaniah (1919) dan Sekolah Pondok Dairat al-Maarif, Kepala Batas, Seberang Perai Utara (1924). | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Konsep |
ABU NUWAS | Abu Nuwas (129 H.198 H./747 M. 814 M.), salah seorang penyair terkenal pada abad ke-2 H. Nama sebenarnya ialah al-Hasan ibn Hani. Dia lahir di daerah al-Ahwaz, Iraq dan meninggal dunia di Baghdad. Ibunya juga kelahiran al-Ahwaz. Bapanya ialah seorang tentera Khalifah Marwan ibn Muhammad dan dia merupakan penduduk Damsyik. Abu Nuwas mempunyai dua orang saudara, iaitu Abu Muhammad dan Abu Muadh. Ketika bapanya meninggal dunia, Abu Nuwas masih kecil dan berusia enam tahun. Setelah itu, dia dibawa oleh ibunya ke Basrah dan menyerahkannya kepada seorang penjual minyak wangi dan kemudian menghantarnya belajar di sebuah sekolah. Di sini dia mula mengenali seorang penyair yang suka berjenaka bernama Walibah ibn al-Habbab. Dia mendidik Abu Nuwas sehingga besar. | UMUM | |
|
Tesaurus |
---|
| Tiada maklumat tesaurus untuk kata abu |
|
Puisi |
---|
|
Cik Abu orang Peringgit, Siang malam main perahu; Buku tebu boleh kugigit, Buku buluh belum tahu.
Lihat selanjutnya... |
|