| Tajuk | 
    Sinopsis | 
    Bidang | 
    Klasifikasi | 
   
  | BURUNG HAWARI | Burung hawari berwarna kelabu atau  hitam, bergerak pantas dan berukuran kira-kira  30 sentimeter panjang. Burung ini berasal  dari Australia. Hawari merayau-rayau di hutan,  memakan serangga dan biji-bijian. Burung Hawari  bergerak dalam kumpulan sebanyak kira-kira 12  ekor. Disebabkan inilah burung ini diberi nama  sempena dengan nama hawari dalam Bible  12  orang pengikut Jesus Christ.  | UMUM |  |  
  | ADONIS | Adonis ialah nama kumpulan tumbuhan yang  tumbuh liar di Eropah dan Asia. Kadangkala ia juga  ditanam di taman. Beberapa jenis Adonis boleh  tumbuh setinggi 30 sentimeter. Bunganya berwarna  kuning atau merah dan mempunyai lima hingga 16  kelopak. Adonis musim luruh, atau bunga mata  kuang, mengeluarkan bunga berkelopak merah  muda.  | UMUM |  |  
  | TELUKI | Teluki ialah bunga yang tinggi, berwarna-warni banyak bunganya. Ia berkaitan dengan kumpulan bunga yang dikenali sebagai  pink  . Tinggi teluki dari 30 sentimeter hingga 90 sentimeter, dan bunganya berwarna samar, ungu, merah, putih atau kuning.  | UMUM |  |  
  | SPRING BEAUTY | Spring beauty ialah nama bunga liar yang tumbuh di hutan di Amerika Utara dari Nova Scotia hingga ke Georgia dan dari Saskatchewan hingga ke Texas. Daunnya yang panjang, sempit tumbuh pada batang setinggi 15 sentimeter hingga 30 sentimeter. Ia mempunyai dua spesies. Virginia, jenis yang lebih biasa, mempunyai bunga berwarna putih dan samar berserta uratnya berwarna merah. Spring beauty Virginia berbunga terlalu awal hinggakan ramai orang menamakannya Mayflower atau good morning spring (selamat pagi musim bunga). Jenis Carolina mempunyai bunga berwarna putih.  | UMUM |  |  
  | LIK RUMAH | Lik rumah, yang juga dinamakan hidup  selamanya, ialah sekumpulan tumbuhan sukulen  yang berkaitan dengan sedum. Daunnya yang  berisi cenderung membentuk roset yang padat.  Bunganya yang berbentuk bintang tumbuh pada  batang sehingga 30 sentimeter tingginya dan  berwarna putih kehijauan, warna ros, kuning  atau ungu.   | UMUM |  |  
  | TAMARIN | Tamarin ialah sejenis monyet kecil yang tinggal di hutan hujan tropika di Amerika Tengah dan Amerika Selatan. Tamarin berkaitan rapat dengan marmoset, tetapi ia lebih besar sedikit (lihat Marmoset ). Tamarin membesar sehingga kira-kira 30 sentimeter panjangnya, tidak termasuk ekornya, yang mungkin sehingga 45 sentimeter panjangnya. Beratnya sehingga 1 kilogram.  | UMUM |  |  
  | KEMANGI | Kemangi atau selasih ialah herba tahunan yang  digunakan untuk memperisa makanan. Kemangi  biasa atau kemangi manis mempunyai daun  yang bergerigi tepinya, bunga berwarna putih  keungu-unguan. Ia tumbuh setinggi kira-kira  30 sentimeter. Spesies pokok renek tumbuh   sehingga 2.5 meter tingginya. Daun kemangi   digunakan dalam sup, salad, dan hidangan daging.  Kemangi boleh ditanam di laman daripada biji  benihnya. Batangnya boleh dipotong dan  dikeringkan untuk kegunaan pada musim sejuk.  | UMUM |  |  
  | MENHADEN | Menhaden ialah ikan yang hidup di Lautan Atlantik di luar pantai Amerika, dari selatan Kanada hingga ke Brazil. Namanya berasal daripada perkataan Orang Asli Amerika yang bermakna yang memperkaya bumi. Menhaden membesar dari 30 sentimeter hingga 46 sentimeter panjangnya dan beratnya dari 0.3 kilogram hingga 0.5 kilogram.  | UMUM |  |  
  | PORTULAKA | Portulaka ialah nama sekumpulan herba yang mempunyai bunga kecil berwarna merah, kuning, samar, putih, atau ungu.  Lumut ros  di Brazil, yang ditanam sebagai bunga taman, tumbuh leper di atas tanah atau setinggi 30 sentimeter. Daunnya  halus, berisi, kira-kira 2.5 sentimeter panjangnya.   Portulaka   laman dapur  yang juga dikenali sebagai  purslane  , tumbuh kira-kira 45 sentimeter tingginya dan mempunyai bunga kuning terang kira-kira 15 milimeter lebarnya, dan daun yang lebar.  | UMUM |  |  
  | TERATAI | Teratai ialah nama biasa bagi banyak jenis tumbuhan. Teratai yang dikenali di kebanyakan tempat adalah telipuk Mesir. Telipuk Mesir biasa dilihat di sepanjang Sungai Nil dan anak sungai yang berhampiran dengannya. Tumbuhan ini mempunyai bunga putih atau unguros yang lebarnya mungkin 30 sentimeter. Bunganya tumbuh pada tangkai yang lemah, 1.2 meter hingga 2.4 meter panjangnya, dan timbul hanya sedikit di atas permukaan air. Daunnya kembang di atas permukaan air. Teratai adalah bunga suci bagi orang Mesir, India dan Cina. Ia juga adalah bunga kebangsaan India . Satu spesies teratai terdapat dalam seni lukis Mesir purba.  | UMUM |  |  
 
				 
			 
		 
	 
                        
 
                    
                 | 
                
                    
    | Tesaurus | 
|---|
  |  | Tiada maklumat tesaurus untuk kata 30 sentimeter |  
  |  
  
    
   
      
                 |