Tajuk |
Sinopsis |
Bidang |
Klasifikasi |
ABDUL MAJID ZAINUDDIN | ABDUL MAJID ZAINUDDIN (1887-1943), pegawai tadbir dan penulis. Dia lahir pada 20 Mac 1887 di sebuah kampung Melayu di Pudu, Kuala Lumpur. | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Tokoh |
KETUA ANAK NEGERI | KETUA ANAK NEGERI, pegawai tadbir rendah dalam pentadbiran tempatan negeri Sabah yang bertanggungjawab terhadap hal ehwal adat di daerahnya. Sejak dahulu lagi, ketua anak negeri memakai gelaran tradisional, iaitu Orang Kaya-kaya | BUDAYA | Konsep |
PERSATUAN MELAYU PAHANG | PERSATUAN MELAYU PAHANG, persatuan negeri. Persatuan ini ditubuhkan pada 20 Mac 1938 di Kuala Lipis, Pahang. Ia ditubuhkan sebaik-baik sahaja, berita penubuhan Persatuan Melayu Perak diumumkan di akhbar. Para pemimpinnya terdiri daripada golongan bangsawan dan pegawai tadbir negeri. Presidennya ialah Tengku Muhamad bin Sultan Ahmad, Ahli Majlis Mesyuarat Negeri. Manakala naib presidennya ialah Dato Husin bin Muhammad Taib, Orang Besar Empat Pahang. Penaung persatuan ini ialah Sultan Pahang, Sultan Abu Bakar. | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Persatuan |
PAWANG ANA | PAWANG ANA ( ? -? ), penglipur lara Melayu pada abad ke-19. Tarikh dan tempat lahirnya tidak diketahui. Pawang Ana berasal dari Perak. Dia ialah bapa mentua Mir Hassan, juga seorang penglipur lara. Cerita-cerita yang dituturkan oleh Pawang Ana dikumpul pada akhir abad ke-19 oleh R.O. Winstedt, seorang pegawai tadbir British di Tanah Melayu. Usaha pencatatan cerita-cerita ini dilakukan oleh Raja Haji Yahya dari Cendering, Perak. Antara cerita yang dituturkan oleh Pawang Ana termasuklah Hikayat Awang Sulung Merah Muda, Hikayat Malim Dewa, Hikayat Malim Deman, Hikayat Raja Muda dan Hikayat Anggun Cik Tunggal. | SASTERA | Tokoh |
TUANKU JAAFAR IBNI TUANKU ABDUL RAHMAN | TUANKU JAAFAR IBNI TUANKU ABDUL RAHMAN (1922 - ), Yang di-Pertuan Agong ke-10 (1994 - ). Baginda diputerakan pada 19 Julai 1922 di Kelang, Selangor. Ketika itu ayahandanya bertugas sebagai pegawai tadbir di Kelang. Baginda mendapat pendidikan awal di Sekolah Seri Menanti, Kuala Pilah dari tahun 1928 hingga tahun 1933. kemudian baginda melanjutkan pelajaran ke Maktab Melayu Kuala Kangsar, Perak hingga tahun 1941. semasa belajar di maktab ini, baginda dilantik sebagai pengawas, di samping mengetuai pasukan sukan sekolah. Tuanku Jaafar kemudian melanjutkan pelajaran ke Raffles College, Singapura. Bagaimanapun pengajian baginda tergendala apabila Perang Dunia Kedua meletus. | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Tokoh |
TUANKU HAJI BUJANG TUANKU HAJI OTHMAN, TUN | TUANKU HAJI BUJANG TUANKU HAJI OTHMAN, Tun (1890-an 1986), Yang Dipertua Negeri Sarawak yang kedua. Dia lahir di Sibu, Sarawak. Tuanku Bujang adalah daripada keturunan Arab-Melayu. Tuanku Bujang mendapat pendidikan Melayu dan pernah menjadi ketua anak negeri dalam perkhidmatan pentadbiran Brooke dan kemudian dinaikkan pangkat ke jawatan pegawai tadbir pada masa British. Semasa pendudukan Jepun, dia telah dilantik mewakili orang Melayu Sibu dan bertanggungjawab ke atas hal-ehwal orang Melayu (bersama-sama dengan Abang Haji Openg). Tuanku Bujang merupakan salah seorang pemimpin Melayu yang menentang penyerahan Sarawak kepada British pada tahun 1946. ini menyebabkan berlakunya perselisihan dengan Datu Bandar Abang Mustapha, pemimpin Melayu yang propenyerahan. | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Tokoh |
|
|