Safawiyyah, Kerajaan (9061148 H. / 15001735 M.). Kerajaan Safawiyyah muncul di Iran. Pengasasnya ialah al-Shah Ismail daripada keturunan Syeikh Safiy al-Din al-Ardabiliy (650735 H./12521334 M.). Safiy al- Din dan anaknya Sadr al-Din ialah pengikut ahli Sunnah, begitu juga kumpulan agama yang ditubuhkannya di al-Ardabil. Manakala cucunya, al- Khawaja Ali yang dilantik mengetuai jemaah pada tahun 802 H./1399 M. merupakan penganut fahaman Syiah sederhana. Anak al-Khawaja Ali, iaitu al-Syeikh Ibrahim yang menggantikannya telah menyebabkan berlakunya pertelingkahan antara ahli jemaah (Syiah) dengan pengikut ahli Sunnah di al-Daghistan. Syeikh Haydir yang dilantik menggantikan ayahnya, Syeikh Ibrahim, pada tahun 859 H./1455 M., juga menggunakan pendekatan yang sama. Syeikh Ibrahim telah digantikan oleh tiga orang anak dan anaknya yang bongsu, Ismail (908931 H./15011524 M.) ialah pengasas sebenar kerajaan Safawiyyah (dinisbahkan kepada Safiy al-Din al-Ardabiliy). |