Rasisme ialah kepercayaan bahawa manusia boleh dibahagikan menurut ras dan anggota, sesetengah ras berkedudukan lebih rendah daripada anggota ras yang lain. Biasanya sikap ini melibatkan kepercayaan bahawa ras sendiri adalah lebih mulia daripada ras lain. Orang yang percaya atau mengamalkan rasisme dikenali sebagai penganut faham rasisme atau rasis. Rasis mendakwa bahawa anggota ras mereka sendiri adalah lebih baik dari segi mental, fizikal, moral atau kebudayaan berbanding dengan ras lain. Oleh sebab mereka mengandaikan bahawa mereka adalah lebih baik, mereka percaya bahawa mereka berhak mendapat hak istimewa. |