Peristiwa Petrov ialah peristiwa yang dinamakan sempena nama Vladimir Petrov (? 1991), yang mencetuskan satu kontroversi getir di Australia . Ia bermula pada tahun 1954, apabila Perdana Menteri Robert Menzies mengumumkan bahawa Petrov, seorang pegawai di Kedutaan Soviet di Canberra, Victoria telah memohon untuk mendapatkan suaka politik di Australia. Menzies menyatakan Petrov telah mendedahkan wujudnya suatu kumpulan pengintip Soviet di Australia. |