Tajuk |
Sinopsis |
Bidang |
Klasifikasi |
DIALEK MELAYU DI NUSA TENGGARA | DIALEK MELAYU DI NUSA TENGGARA, dialek yang digunakan di wilayah yang terbentang lebih1000 km dari Pulau Lombok di sebelah barat hingga Pulau Timor di sebelah timur, mengikuti alur gunung berapi yang membentuk pelbagai pulau. Di kepulauan yang luas itu, terdapat tiga dialek Melayu iaitu dialek Lombok, Larantuka dan Kupang. Walaupun ketiga-tiganya dituturkan di kepulauan yang sama, sejarah, latar belakang dan ciri-ciri setiap dialek itu adalah berbeza. Kesemuanya dituturkan sebagai bahasa ibunda oleh golongan minoriti tetapi nampaknya hanya dialek Kupang sahaja yang berfungsi sebagai bahasa perhubungan di kawasan tertentu. | BAHASA | Bahasa |
NUSANTARA | Nusantara ialah nama bagi pulau-pulau yang membentuk Indonesia. Nusa ialah perkataan Jawa bagi pulau. Perkataan Antara terdapat dalam bahasa India purba iaitu Sanskrit, bahasa Jawa, bahasa Indonesia, dan bahasa Melayu. | UMUM | |
SUMBAWA | SUMBAWA, pulau terbesar di lingkungan Propinsi Nusa Tenggara Barat, kawasan timur Indonesia. Pulau ini berbatasan dengan Selat Sape dan Selat Sunda si sebelah timur dan tenggara; Laut Hindi di sebelah selatan; dan Selat Alas di sebelah barat. Pulau-pulau lain di sekitarnya ialah Pulau Panjang, Pulau Moyo, Pulau Medang dan Pulau Banta. Gunung yang tertinggi ialah gunung berapi Tambora (2.821 m), yang terletak di bahagian barat kabupaten Bima. Sungai-sungai besar di pulau ini antara lain termasuklah Brang Beh, Brang Moyo, Nae di Dompu, dan Bela di Bima. | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Bandar/Negeri/Negara/Tempat |
LOMBOK | LOMBOK, pulau dan salah satu daripada enam kabupaten di Propinsi Nusa Tenggara Barat. Lombok terpisah dari Bali di sebelah baratnya oleh Selat Lombok dan Sumbawa di sebelah timurnya oleh Selat Alas. Bahagian barat pulau ini banyak dipengaruhi budaya orang Bali. Bahagian timur pulau ini pula merupakan tanah air orang asli Sasak, yang mempunyai budaya dan bahasa yang berbeza daripada orang Bali. Salah satu perbezaan utama ialah orang asli Sasak beragama Islam, manakala orang Bali beragama Hindu. | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Bandar/Negeri/Negara/Tempat |
DIALEK MELAYU LARANTUKA | DIALEK MELAYU LARANTUKA, dialek yang digunakan sebagai bahasa ibunda oleh sebahagian besar penduduk Larantuka dan beberapa kampung di Nusa Tenggara Timur, Indonesia. Sejarah penggunaan bahasa Melayu di daerah itu cukup lama dan rumit. | BAHASA | Bahasa |
GORYS KERAF | GORYS KERAF, (1936 - ), ahli bahasa Indonesia. Dia lahir pada 17 November 1936 di Lamalera/Lembata, Nusa Tenggara Timur, Indonesia. Dia mendapat pendidikan awal di Sekolah Menengah Pertama (SMP) Seminari Hokeng pada tahun 1954 dan Sekolah Menengah Atas (SMA) Syuradikara Ende pada tahun 1958. Keraf melanjutkan pengajiannya di Fakultas Sastra, Universitas Indonesia, Jakarta pada tahun 1959 hingga memperoleh Ijazah Sarjana Sastera jurusan Bahasa Indonesia dengan pengkhususan dalam bidang linguistik pada tahun 1964. | BAHASA | Tokoh |
GERSON POYK | GERSON POYK ( 1931 - ), penulis Indonesia. Dia lahir pada 16 Jun 1931 di Namodale, Kota Baa, Pulau Rote, Nusa Tenggara Timur, Indonesia. Nama sebenarnya ialah Gerson Gubertus Poyk dan dalam penulisan, dia menggunakan tiga nama samaran iaitu Julia Haning, Bertus dan La Tirka Tar. Pendidikan tingginya ialah Sekolah Guru Atas di Surabaya dari tahun 1953 hingga tahun 1956. Sewaktu di sekolah Guru Atas inilah dia mula tertarik dengan bidang kewartawanan dan kesusasteraan. Di samping bertugas sebagai guru, dia giat menulis cerpen yang disiarkan dalam akhbar dan majalah. | SASTERA | Institusi/Organisasi |
BUDI UTOMO | BUDI UTOMO, organisasi nasional pertama di Indonesia. Organisasi ini ditubuhkan pada 20 Mei 1908 oleh pelajar-pelajar Sekolah Doktor Jawa (School tot Opleiding Voor Indische Artsen atau STOVIA) atas anjuran Dr. Wahidin Sudira Usada, pesara doktor perubatan. Tujuan organisasi ini ditubuhkan adalah untuk memajukan nusa dan bangsa melalui pendidikan, pertanian, perdagangan, penternakan, teknik dan industri, kebudayaan serta mempertinggi cita-cita kemanusiaan untuk mencapai kehidupan bangsa yang terhormat. | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Institusi/Organisasi |
|
Tesaurus |
---|
| Tiada maklumat tesaurus untuk kata nusa |
|
|