Tajuk |
Sinopsis |
Bidang |
Klasifikasi |
KELONG | Kelong suatu kaedah penangkapan ikan di laut. Ia terdiri daripada barisan pancang yang dibina menghadap arus laut dalam bentuk menirus seperti huruf V, dengan kepungan empat persegi di hujungnya yang merupakan kawasan perangkap ikan. Kelong dibina di kawasan yang tidak begitu jauh dari pantai untuk mengelakkan gelombang atau ombak besar yang memungkinkan pancang patah atau tercabut. | UMUM | |
PERIKANAN LAUT | PERIKANAN LAUT, aktiviti menangkap ikan di pesisiran pantai dan di laut dalam. Umumnya, perikanan laut menggunakan alat menangkap ikan seperti pancing, rawai, bubu, kelong, belat dan pukat. Anak ikan atau sotong digunakan sebagai umpan untuk pancing dan rawai. Antara ikan yang ditangkap termasuklah kurau, yu, talang, jenahak, alu-alu, pari, landuk, tenggiri, gerpoh dan senangin. Biasanya hasil tangkapan ini adalah untuk kegunaan sendiri atau dijual. | BUDAYA | Konsep |
TANJUNG PAGAR | TANJUNG PAGAR, sebuah kawasan strategik di bahagian selatan Singapura, berdekatan dengan Kepulauan Riau. Nama Tanjung Pagar telah dikenali sejak zaman dahulu. Dalam Sejarah Melayu iaitu semasa pemerintahan Seri Maharaja (1375-1388), ada dicatatkan mengenai peristiwa Singapura dilanggar todak. Kejadian itu menjadi bencana kepada rakyat Singapura sehinggalah seorang budak bijak mencadangkan penggunaan batang pisang menggantikan betis manusia, bagi membentengi serangan todak. Benteng pisang yang merupakan `pagar ini memberi nama kawasan `Tanjung Pagar. Tanjung Pagar juga mungkin mendapat namanya sempena adanya kelong (pagar penangkap ikan) pertama yang didirikan dari daerah perairan sekitarnya sehinggalah daerah Tanjung Malang. Pelabuhan di Tanjung Pagar juga telah dirakamkan oleh pencatat-pencatat dari negeri China dan Portugas semenjak abad ke-14 lagi. | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Bandar/Negeri/Negara/Tempat |
|
Tesaurus |
---|
| Tiada maklumat tesaurus untuk kata kelong |
|
Puisi |
---|
|
Cacak kelong Bagan Tujuh, Jerjaknya sampai ke tepi; Kalau tuan berani sungguh, Saya ikut sampai ke mati.
Lihat selanjutnya... |
|